Sejuk Dan Lembut, Ular Tedung Melingkar Pada Baju Juruterbang

ular tedung juruterbang

Sejuk Dan Lembut, Ular Tedung Melingkar Pada Baju Juruterbang

Sejuk dan lembut, demikian penerangan juruterbang di Afrika Selatan semasa menjelaskan keadaan ular tedung melingkar di tempat duduk dan bajunya ketika pesawat itu berada pada ketinggian 11,000 kaki di udara.

Rudolph Erasmus menceritakan, kejadian itu membuatkan dia memilih untuk membuat pendaratan cemas di bandar Welkom, lapor BBC.

Difahamkan, pesawat peribadi, Beechcraft Baron 58 itu membawa empat penumpang bersama ular itu dari Bloemfontein ke Pretoria.

“Sejujurnya, otak saya pada ketika itu tidak dapat berfungsi apa yang sedang berlaku.

“Ia adalah saat yang mengejutkan,” katanya.

Pada mulanya, dia menyangka ‘sejuk’ itu datang daripada botol air yang menitis kerana tidak ditutup dengan betul.

Namun siapa yang sangka dia mempunyai penumpang tambahan iaitu ular tedung Cape yang tidak diingini menyusur ke kerusi juruterbang di kokpit.

“Saya merasakan rasa sejuk ini sangat semacam, melingkar ke baju saya.

“Ketika saya menoleh ke kiri dan melihat ke bawah, saya tengok ular tedung itu sedang mengundurkan kepalanya ke belakang di bawah tempat duduk,” ujarnya.

Gigitan ular tedung Cape membawa maut dan boleh membunuh seseorang dalam masa 30 minit sahaja.

Oleh kerana tidak mahu menimbulkan panik, Erasmus berkata dia berfikir dengan teliti tentang apa yang perlu diberitahu kepada mereka yang berada di pesawat itu.

Dia juga sangat sangat takut sekiranya ular itu mungkin pergi ke belakang dan mencetuskan kucar-kacir secara besar-besaran.

“Saya telah memaklumkan kepada penumpang bahawa ular berada di dalam pesawat.

“Ia berada di bawah tempat duduk saya, jadi mari cuba untuk mendarat dengan secepat mungkin,” jelasnya.

Erasmus berkata susulan pengumuman itu, semua penumpang terpaku dan mampu berdiam diri buat sementara waktu.

BACA: Dendam Kerana Pernah Dipatuk, Lelaki ‘Gigit’ Kepala Ular Sampai Putus

Ular tedung telah dikesan 

Kredit: AFP

Terdahulu, dua orang yang bekerja di kelab terbang Worcester berkata sebelum ini mereka melihat seekor reptilia berlindung di bawah pesawat itu.

Mereka cuba untuk menangkapnya tetapi tidak berhasil.

Erasmus berkata dia cuba mencari ular itu sebelum menaiki pesawat bersama penumpangnya, tetapi mereka juga tidak menjumpai ular tedung tersebut.

“Malangnya, ia tiada di situ semasa kami mencari, jadi kami menganggap ia merangkak keluar semalam atau lebih awal dari itu, iaitu pada Isnin,” tambahnya.

Erasmus telah dipuji sebagai wira dengan Pesuruhjaya Penerbangan Awam Afrika Selatan, Poppy Khosa.

Sumber: CCN

The post Sejuk Dan Lembut, Ular Tedung Melingkar Pada Baju Juruterbang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*