“Sejuk je lalu tekak”, Khairul Aming Kongsi 4 Menu Air Berbuka

khairul aming menu air

“Sejuk je lalu tekak”, Khairul Aming Kongsi 4 Menu Air Berbuka

Bila tiba sahaja bulan Ramadan, tentu sahaja anda membayangkan seorang individu ini dengan aneka resipi yang pastinya membuatkan anda terliur.

Hampir setiap hari, ada sahaja menu baharu yang dikongsikannya bersama orang ramai di akaun media sosial. Sudah tentu perkara ini membuatkan orang ramai ‘gatal tangan’ untuk sentiasa melihat hantarannya.

Individu tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Khairul Aming, seorang pempengaruh terkenal dalam negara.

Hari ini, seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Ramadan pertama mereka. Seperti biasa, Khairul Aming atau lebih mesra dipanggil KA muncul dengan pelbagai resipi.

Terbaharu, KA dalam satu hantaran berkongsikan empat menu air yang pastinya membuat anda tidak senang duduk.

Dalam klip tersebut, KA memberitahu cara-cara penyediaan empat menu air berkenaan, iaitu tembikai aiskrim soda, zapple kasturi, keladi float dan sirap laici selasih

“Empat menu air berbuka: tembikai aiskrim soda, zapple kasturi, keladi float dan sirap laici selasih. Semua sedap, sejuk je lalu kat tekak.  Selamat berbuka guys,” tulisnya di platform X. 

Tembikai Aiskrim Soda

Gambar: X @khairulaming

Bahan-bahan dalam pembuatan air ini adalah tembikai, ais batu, daun pudina, susu cair, buah longan, dua limau nipis dan satu sudu gula.

Caranya-caranya:

1. Ambil tembikai dan potong menjadi bahagian kecil.

2. Masukkan ke dalam mesin pengisar bersama satu sudu gula. Kisarkan tembikai yang dipotong begitu sahaja.

3. Sediakan bekas yang telah siap diisi ais batu dan tuangkan jus tembikai yang telah siap dikisar tadi.

4. Tuangkan air aiskrim soda ke dalam bekas dan perah dua biji limau nipis. Boleh masukkan daun pudina (lebih segar), buah longan, sedikit susu cair untuk lebih rasa berkrim. Siap.

Zapple Kasturi 

khairul aming menu air
Gambar: X @khairulaming

Bahan-bahannya termasuklah air zapple, air batu, dua atau tiga biji limau kasturi, buah longan atau laici, daun pudina dan asam boi.

Cara pembuatannya:

1. Tuangkan air zapple ke dalam jag atau bekas yang telah diisi ais batu.

2. Perah tiga atau tiga biji limau kasturi. Masukkan daun pudina, buah longan atau laici dan asam boi ke dalam air.

3. Kemudian. kacau air dan siap untuk dihidangkan.

Keladi Float

khairul aming menu air
Gambar: X @khairulaming

BACA: Hanya Makan Telur & Bubur, Sonny Bill Williams Kongsi Menu Ringkas Sahur

Bahan-bahannya ialah air suam atau panas, kordial keladi, susu pekat, susu cair, ais batu, garam dan aiskrim vanila.

Cara-cara yang perlu dibuat:

1. Tuangkan air satu setengah air suam atau panas ke dalam bekas.

2. Masukkan satu per empat cawan kordial keladi, satu per empat cawan susu pekat, satu cawan susu cair dan secubit garam. Kemudian kacau bancuhan air.

3. Sediakan jag atau cawan yang berisi air batu dan tuang air bancuhan keladi tadi.

4. Nak lagi sedap, letakkan aiskrim vanila di atas dan tuangkan bersama susu cair. Siap!

Sirap Laici Selasih

khairul aming menu air
Gambar: X @khairulaming

Antara bahan yang digunakan adalah dua tin air minuman laici, sirap ros, lemon, dua batang serai, asam boi, daun pudina dan biji selasih.

Cara-caranya:

1.Tuangkan dua tin air laici ke dalam bekas yang siap diisi ais batu.

2. Masukkan satu sudu sirap ros ke dalam air dan perah setengah lemon atau potong dan letakkan di dalam air.

3. Nak lagi segar, letakkan dua batang serai yang telah ditumbuk, daun pudina dan asam boi ke dalam air.

4. Letakkan biji selasih (yang telah direndam) ke dalam air. Kacau dan siap untuk dihidangkan ketika berbuka.

Semoga bermanfaat.

Sumber: X @khairulaming

The post “Sejuk je lalu tekak”, Khairul Aming Kongsi 4 Menu Air Berbuka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*