Kenyataan Sanusi: PDRM Terima Laporan, Buka Kertas Siasatan

Sanusi PDRM Kertas siasatan

Kenyataan Sanusi: PDRM Terima Laporan, Buka Kertas Siasatan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan dan telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri itu.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata rakaman percakapan Muhammad Sanusi akan dirakam esok di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

BACA JUGA: Sanusi Dakwa Pulau Pinang Milik Kedah

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Pada 29 Mei lepas, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan beliau mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Sumber: BERNAMA

The post Kenyataan Sanusi: PDRM Terima Laporan, Buka Kertas Siasatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*