Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

plkn 3.0 2007

Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) sebentar tadi telah mengeluarkan satu kenyataan untuk menjelaskan kekeliruan berkenaan had umur pelatih yang akan dipanggil menjalani PLKN 3.0

Menurut kenyataan media berkenaan, penetapan had umur pelatih PLKN 3.0 akan dibuat oleh kerajaan.

“Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Maknanya, ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

“Sebagai contoh, sekiranya PLKN 3.0 dilaksanakan pada tahun 2024, maka remaja yang hanya lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut,” kata kenyataan itu.

Manakala had umur 35 tahun pula merujuk had maksimum untuk menjadi pelatih sekiranya mereka memohon penangguhan.

“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan.

“Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun,” kata kenyataan itu.

Menerusi penjelasan berkenaan, MINDEF berharap dapat menjawab kekeliruan orang ramai berkenaan penetapan umur pelatih program berkenaan.

Terdahulu, kerajaan secara dasar bersetuju untuk melaksanakan PLKN 3.0 dengan kaedah baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

 

The post Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*