Ibu Luis Diaz Berjaya Diselamatkan Lepas Diculik, Bapa Masih Tak Dapat Dijejaki

ibu luis diaz

Ibu Luis Diaz Berjaya Diselamatkan Lepas Diculik, Bapa Masih Tak Dapat Dijejaki

BOGOTA — Ibu kepada pemain sayap Liverpool, Luis Diaz yang dilaporkan telah diculik di Barrancas La Guajira, Colombia berjaya dibawa pulang dengan selamat manakala usaha menjejaki bapanya masih diteruskan, lapor AFP.

Menurut Presiden Colombia, Gustavo Petro, ibunya telah berjaya diselamatkan pada hari ini namun usaha pencarian bapanya masih lagi diteruskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di X (Twitter).

Petro memberitahu bahawa ibu pemain kebangsaan Colombia itu telah diselamatkan di Barrancas, sebuah wilayah di bahagian utara negara berkenaan.

“Kini, kami sedang meneruskan usaha pencarian bapanya,” tambah Petro.

Gambar: AFP

Sementara itu, Pejabat Peguam Negara Colombia memaklumkan pihaknya turut memberikan bantuan dalam menjejaki bapa pemain itu.

“Sejak mengetahui tentang penculikan ibu bapa pemain Colombia Luis Díaz, Pejabat Peguam Negara khususnya pendakwa raya di sektor Barrancas La Guajira, termasuk polis dan anggota tentera telah berusaha untuk mencari lokasi mereka.

“Setiap bukti dan analis berhubung kes ini adalah di bawah tanggungjawab kami,” kata pejabat berkenaan.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa Luis Manuel Diaz dan Cilenis Marulanda kali terakhir dikesan berada di stesen servis di kawasan La Guajira sebelum lelaki bersenjata bermotosikal menculik pasangan itu.

BACA JUGA: Diselaras Oleh WHO, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai IHR

Susulan itu, Pengarah Polis, Jeneral William Salamanca berkata, pihaknya mengerahkan pasukan perisik dan unit polis lain bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan dan mengenalpasti suspek yang menaiki motosikal dan kenderaan perkhidmatan awam persendirian bagi menyelamatkan dua mangsa yang diculik, ibu dan bapa kepada pemain bola sepak Luis Díaz,” kata Salamanca dalam satu siaran media.

culik luis diaz
Gambar: AFP

Gabenor La Guajira, Diala Wilches turut ‘mengecam’ kes penculikan tersebut dan menuntut kedua-dua mereka dikembalikan.

“Kami harap ibu dan ayah Luis Díaz dibawa pulang dengan segera dalam keadaan selamat dan sihat,” katanya.

Dalam pada itu, pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara berkenaan.

Untuk makluman, Luis Díaz telah membuat penampilan sebanyak 43 kali untuk Colombia dan menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool tahun lepas dari Porto.

The Red dijadualkan menentang Nottingham Forest dalam perlawanan pusingan ke-10 liga pada jam 10 malam nanti di Stadium Anfield.

Sumber: AFP

The post Ibu Luis Diaz Berjaya Diselamatkan Lepas Diculik, Bapa Masih Tak Dapat Dijejaki appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*