Tak Pernah Makan Selama 17 Tahun, Lelaki Dakwa Hanya Minum Air Gas Untuk Hidup

lelaki minum air gas

Tak Pernah Makan Selama 17 Tahun, Lelaki Dakwa Hanya Minum Air Gas Untuk Hidup

Seorang lelaki di Iran mendakwa bahawa dia telah berhenti mengambil makanan sejak 2006 dan hanya bergantung pada minuman bergas untuk tenaga, lapor Oddity Central.

Gholamreza Ardeshiri, 58, mendakwa bahawa dia mual melihat makanan sejak mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia dilaporkan telah bertahan dengan air dan minuman bergas seperti Pepsi dan Coca-Cola sejak 17 tahun yang lalu.

Menurutnya, segalanya bermula pada suatu malam di tahun 2006 selepas dia terjaga dari tidur dan mempunyai rasa aneh di dalam mulutnya. Perasaan itu dikatakan tidak dapat dihilangkan, tidak kira berapa doktor yang dikunjunginya.

Perkara itu akhirnya telah membuatnya untuk menjauhi makanan dan telah menjalani kehidupan yang normal sejak itu.

BACA: Coldplay Pernah Sumbang Kapal Pembersih Sampah Di Sungai Klang

Malah keluarganya juga tidak akan makan dihadapannya kerana perbuatan itu akan membuat lelaki itu mual.

Walaupun tidak makan, lelaki itu didakwa mendapatkan tenaganya dengan meminum minuman berkarbonat. Dia dikatakan minum tiga botol besar soda setiap hari dan menegaskan bahawa dia tidak pernah berasa lapar.

“Saya mempunyai perasaan aneh, saya merasakan objek seperti rambut berada di dalam mulut saya. Saya juga merasakan rambut itu berada di dalam mulut saya dan hujungnya berada di dalam perut saya.

“Rambut itu seakan-akan tersekat di kerongkong dan saya juga rasa seperti sesak nafas. Ia sangat ketat sehingga saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya tidak dapat menggambarkannya tetapi ia berasa sangat gila,” kata Ardeshiri.

Pelbagai doktor telah memeriksanya

Ramai orang mengesyorkan doktor yang berbeza, jadi dia pergi berjumpa beberapa daripadanya, namun tiada siapa yang dapat mendiagnosis keadaannya itu.

Ardeshiri memberitahu wartawan Iran bahawa kali pertama dia minum segelas soda, dia berasa sangat bertenaga. Jadi dia memutuskan bahawa minuman itu akan menjadi alternatifnya kepada pengambilan makanan.

Dia juga mendakwa sejak rutin baharunya itu dilakukan, berat badannya telah turun sebanyak 32 kilogram. Selain penurunan berat badan, dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius sejak 17 tahun lalu.

Ardeshiri sedia maklum akan risiko pengambilan minuman bergas yang kaya dengan gula itu, namun berdasarkan pemeriksaan kesihatannya dia sihat sepenuhnya.

Sumber: Oddity Central

The post Tak Pernah Makan Selama 17 Tahun, Lelaki Dakwa Hanya Minum Air Gas Untuk Hidup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*