Selangor FC Lantik Nidzam Jamil Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

nidzam jamil jurulatih selangor

Selangor FC Lantik Nidzam Jamil Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Teka-teki berkenaan siapakah gerangan yang bakal menggantikan Tan Cheng Hoe (TCH) sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC akhirnya terjawab hari ini.

Gergasi Merah itu dalam satu kenyataan di media sosialnya mengesahkan telah melantik Nidzam Jamil sebagai Ketua Jurulatihnya bagi mengharungi Liga Malaysia musim 2024/2025.

“Semoga dengan pelantikan serta kepercayaan ini, Nidzam Jamil dapat membuktikan keupayaan beliau sebagai Ketua Jurulatih yang disegani di Malaysia juga di pentas Asia bersama Selangor FC.

“Ayuh, kita berikan sokongan tanpa berbelah bahagi buat Coach Nidzam dan Gergasi Merah,” kata Selangor FC.

Nidzamn Jamil yang lahir dan membesar di Kajang merupakan bekas pemain kelab itu yang beraksi pada musim 2000 hingga 2004.

Nidzam Jamil sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu Selangor FC

Terdahulu pada 28 Februari lepas, Selangor FC melalui satu kenyataan media mengesahkan kontrak TCH selaku Ketua Jurulatih kelab berkenaan telah ditamatkan secara persetujuan bersama.

Ketika itu, kelab tersebut turut memaklumkan bahawa kontrak berkenaan ditamatkan secara serta-merta.

Selangor FC berkata, keputusan itu diambil selepas TCH memaklumkan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu bagi menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih Police Tero yang beraksi dalam liga utama di Thailand.

Terdahulu, Nidzam Jamil terlebih dahulu dilantik sebagai pengurus sementara

Tambah kenyataan itu lagi, kelab itu juga sudah pun menerima pampasan berdasarkan kontrak jurulatih tersebut.

“Sejak dilantik pada September 2022, TCH telah membantu Selangor FC menjadi Naib Juara Piala Malaysia 2022 dan Liga Super Malaysia 2023.

“Ia sekaligus memastikan Selangor FC layak secara automatik ke Liga Juara-juara Asia 2 (ACL 2) untuk musim 2024/2025.

“Selangor FC ingin berterima kasih kepada TCH atas usaha dan sumbangan beliau untuk kelab ini dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan,” kata kenyataan itu lagi.

Kelab itu kemudian mengumumkan Nidzam Jamil ketika itu telah dilantik sebagai pengurus sementara. Manakala pengurusan kelab akan menjalankan proses terperinci bagi melantik ketua jurulatih yang baharu.

BACA: Tular USD1/RM4.98, Ini Penjelasan Dari Bank Negara

Sumber: Selangor FC

The post Selangor FC Lantik Nidzam Jamil Sebagai Ketua Jurulatih Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*