Macam Ini Rupanya Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan, Haniff ERA Dedah Proses Berlaku Ramai Tak Tahu

Haniff Hamzah Terangkan Bagaimana Stesen Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan Pada Peminat

Haniff Hamzah Terangkan Bagaimana Stesen Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan Pada Pendengar

Penyampai radio sensasi di ERA, Haniff Hamzah baru-baru ini berkongsi dengan pengikutnya di TikTok bagaimana stesen radio memilih lagu untuk diputarkan kepada pendengar.

Penerangan itu dibuat bagi menjawab persoalan tersebut yang mungkin sering bermain di minda pendengar-pendengar radio di Malaysia.

Mungkin ada yang beranggapan kerana sering mendengar lagu yang sama berulang-ulang, keputusan untuk memilih lagu ini mungkin berada di tangan penyampai radio sepenuhnya.

Haniff ERA dedah cara stesen radio pilih lagu untuk dimainkan

Ada juga yang berpendapat, lagu-lagu yang diputarkan mungkin kerana menepati citarasa penyampai radio tersebut.

Namun begitu, Haniff telah menyangkal tanggapan tersebut dan menegaskan bahawa pilihan lagu yang diputarkan bukan di tangan penyampai.

Sebaliknya, terdapat beberapa faktor yang mendorong sesebuah lagu itu untuk dimainkan dalam sesebuah stesen radio.

Kualiti Rakaman

Pertama kali, Haniff menjelaskan bahawa setiap stesen radio memiliki cara yang berbeza dalam pemilihan lagu yang hendak dimainkan.

Di tempat kerjaya, lagu yang dihantar perlu memiliki kualiti rakaman yang baik. Jadi, lagu-lagu tersebut akan dihantar untuk diperiksa pihak tertentu terlebih dahulu.

Antara elemen yang diperiksa dalam sesuatu lagu adalah seperti penulisan lirik, sama ada bersesuaian ataupun tidak. Perkataan yang tidak sesuai akan ditapis dan diletakkan bunyi beep. Selain itu, lagu-lagu yang kelihatan ‘ganas’ juga akan ditapis.

Namun, jika lagu tersebut tersebut memiliki terlalu banyak perkataan yang tidak sesuai, berkemungkinan besar akan ditolak kerana terlalu banyak bunyi beep akan menyebabkan lagu tersebut sudah tidak kedengaran seperti sebuah lagu.

Sesuai dengan pendengar radio

Selepas selesai pemeriksaan kualiti dan lirik, lagu tersebut diletakkan di bawah satu ‘sistem undian’. Menurut Haniff, tempat kerjanya memiliki satu sistem undian melibatkan ribuan pengundi berdaftar dikenali sebagai Juri Hit ERA.

”Mereka setiap minggu akan dapat lima lagu baru. Kadang-kadang penyanyi itu lama, tetapi lagunya baru.

“Dalam lima itu, hanya mainkan seminit lagu. Nama lagu akan didedahkan tetapi nama penyanyi tidak akan disertakan sekali supaya tiada bias dalam undian,” kata Haniff.

Daripada undian tersebut, stesen radio dapat mengenalpasti lagu-lagu yang bersesuaian dengan citarasa pendengar-pendengar radio.

Lagu popular di platform lain

Katanya ada lagi satu cara baharu pemilihan lagu untuk diputarkan. Hari ini, sesetengah lagu menjadi viral di platform media sosial terlebih dahulu seperti di TikTok.

Kemudian, radio akan mengenal pasti dan menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan lagu yang menjadi viral tersebut.

”Tetapi kalau radio panggil sekali pun, tetap kena melalui sistem undian (Juri Hit ERA) tersebut,” katanya lagi.

Pada akhir video, Haniff  memberi semangat kepada penggiat-penggiat muzik agar tidak menyerah, walaupun radio tidak memainkan lagu anda kepada khalayak.

Katanya, jangan berhenti dari menghasilkan lagu dan teruskan menghantar lagu ke stesen radio.

@haniffhamzah

Artis indie atau BBNU selalu tanya soalan ni – “Macam mana radio pilih lagu untuk dimainkan di radio?” 📻🎶 Aku pun nak orang sedia maklum yang kuasa bukan dalam tangan kami sebagai Penyampai Radio je tau! Tapi alang2 kita kat topik ni, share la link lagu baru korang kat komen di bawah, aku nak dengar! Jangan lupa share post ni dekat kawan-kawan yg ada gayo nak jadi penyanyi, ok? #HaHaniff #ProTip #KongsiIlmu #RadioTips #RadioKnowledge #RadioPresenter #RadioHost #BBNU #MuzikKita #NewMusicMalaysia #SapotLokal #fyp

♬ original sound – Haniff Hamzah – Haniff Hamzah

BACA: Ingat Benda Sama Rupanya Tak, Ini Beza “Router” Dengan “Modem” WiFi Ramai Tak Tahu

Sumber: haniffhamzah via TikTok

The post Macam Ini Rupanya Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan, Haniff ERA Dedah Proses Berlaku Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*