Gajah Cedera Dirempuh Porsche Cayenne Di Setiu

Seekor Gajah Liar Berkeliaran

Gajah Cedera Dirempuh Porsche Cayenne Di Setiu

Seekor gajah dilapor cedera selepas dilanggar sebuah kereta mewah, Porsche Cayenne di Kilometer 45, Kampung Kolam, Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja, semalam.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan turut menyebabkan kereta mewah itu mengalami kerosakan pada bahagian hadapan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10.15 malam semasa lelaki itu dalam perjalanan dari Rhu 10 menuju ke Lembah Bidong.

Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan liar tersebut.

“Akibat rempuhan itu, haiwan tersebut dipercayai cedera pada bahagian kaki dan jatuh di tempat kejadian

“Pemandu kenderaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kenderaan dipandu remuk pada bahagian hadapan,” jelasnya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Gajah liar sempat melarikan diri ke dalam hutan

Jelas Afandi, gajah tersebut kemudian bangun dan melarikan diri ke dalam hutan berdekatan kira-kira 10 minit selepas kemalangan berlaku.

“Gajah berkenaan telah dilihat berkeliaran di sekitar kawasan itu sekitar jam 6.30 petang sebelum berlaku kemalangan.

“Usaha mengesan gajah berkenaan kini sedang giat dilakukan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu,” ujarnya lagi.

Kejadian kemalangan itu mula tular di media sosial selepas orang awam berkongsi rakaman kejadian di laman sosial masing-masing.

Menurut Sinar Harian lagi, insiden berkenaan mendapat perhatian kerana pertama kali berlaku di laluan Kuala Terengganu – Besut. Sebelum ini hanya melibatkan kemalangan terlanggar haiwan seperti kuda, kambing dan lembu.

Tidak dapat dipastikan gajah yang sama

Terdahulu, seorang pemancing berkongsi kejadian dia terserempak dengan seekor gajah ketika memancing di Kuala Merang, pada Jumaat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook (Iyaayie), dia melihat gajah tersebut sedang berkeliaran di tepi pantai berkenaan sejak pagi lagi.

Kaya Iyaayie, ketika kejadian dia sedang membuat persediaan sebelum menyedari kehadiran gajah berkenaan berhampiran lokasi di mana dia berada.

Ketika itu, gajah berkenaan dipercayai cuba masuk ke arah muara di kawasan tersebut.

Lanjutan daripada itu, dia memberi peringatan kepada pemancing yang lain supaya berhati-hati ketika memancing di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada gajah yang terlibat dalam kemalangan yang menjadi tular adalah gajah yang sama ditemui pemancing berkenaan.

BACA: Ini Tips Untuk Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan

Sumber: Iyaayie via Facebook, Sinar Harian

The post Gajah Cedera Dirempuh Porsche Cayenne Di Setiu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*