Selepas 15 Tahun, Waheeda ‘Wassini’ Bakal Kembali

Selepas 15 Tahun, Waheeda ‘Wassini’ Bakal Kembali

Siapa yang masih lagi ingat penyanyi lagu Wassini (2004) iaitu Waheeda Wassini? Masih ingat lagu dia? Cara dia menyanyi?

Pejam celik pejam celik, rupanya kira-kira 15 tahun sudah beliau menyepi dari industri muzik kita. Pasti anda juga masih teringat-ingat lagi lagu Wassini yang pernah menjadi fenomena di corong radio satu ketika dahulu.

Imbas kembali, Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 45, pernah memenangi tempat ketiga Voice of Asia satu ketika dahulu.

Waheeda juga sangat terkenal dengan lagu-lagu nyanyiannya seperti Musytaqun (2002), Wassini (2004), Dua Dalam Bahtera (2004), Kau Tiada Ganti (2005), Seteguh Cinta (2007), Marhaba Eid (2022) dan banyak lagi.

Malah tidak kurang juga tentu ada peminatnya yang merindui aksinya berlakon filem-filem terkenal era 2000an seperti Jutawan Fakir (2003), Anak Mami Kembali (2005), Nana Tanjung (2006) dan Nana Tanjung 2 (2007).

Walau bagaimanapun, setelah mendirikan rumah tangga bersama penceramah bebas, Akhil Hayy pada 16 Ogos 2009, Waheeda akhirnya mengambil keputusan untuk ‘berehat’ seketika daripada industri muzik.

Setelah itu tiada lagi kedengaran alunan lunak suaranya yang menyanyikan lagu-lagu berirama Arab di corong radio, kaca televisyen mahupun saluran online.

Ini telah membuat peminat-peminatnya tertanya-tanya, adakah dia benar-benar ‘bersara’ daripada dunia hiburan atau akan buat ‘come back’ satu hari nanti?

Selepas 15 tahun, Waheeda muncul kembali

Namun, pada tahun 2023 kini, Waheeda telah memberikan kejutan kepada semua pihak apabila dia mengumumkan bahawa dirinya akan kembali ke arena seni.

“Untuk kehadiran semula ini, saya membawa matlamat untuk menjadikan karya-karya muzik yang saya hasilkan sebagai medium utama untuk menyebarkan ilmu,” kata Waheeda seperti yang dilapor Gempak.

Menurutnya juga, beliau mahu berkongsi ruang dengan bakat-bakat seni tanah air yang lain.

Beliau ingin membuka ruang kepada mereka yang telah lama mencuba nasib untuk berkongsi karya seni mereka di pasaran semasa.

Ujarnya lagi, “Saya menyimpan impian untuk lihat hasil kerja seni saya dan anak-anak Malaysia yang lain berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa.

“Saya juga terbuka untuk berkerjasama dengan pengkarya seni dari luar negara dalam mengembangkan lagi pengaruh muzik saya,” katanya.

Bakat Lain Waheeda

Difahamkan sepanjang Waheeda berehat selama beberapa tahun, beliau telah mengasah bakatnya dalam bermain pelbagai alat muzik seperti biola dan turut meningkatkan kemahiran mengendalikan piano.

Jelasnya kedua-dua alat muzik itu merupakan antara instrumen yang penting yang sentiasa mengiringi lagunya yang disulam dengan rentak serta bunyi moden.

Semua katalog muzik Waheeda boleh didapati di semua platfrom muzik seperti Spotify, Apple Music, YouTube Muzik, YouTube dan sebagainya.

Selain itu, Waheeda kini diuruskan oleh Skyson PR dan sedang berbincang untuk membuat kolaborasi dengan beberapa penyanyi carta terunggul.

Justeru menurut gempak, dijangka peminat akan dapat mendengar single terbaru Waheeda pada awal tahun 2024.

Sumber: Gempak

BACA JUGA: Ramai Kagum Tengok Sherry Al-Hadad Buat ‘Street Dance’, Sekali Ada Yang Ungkit Cerita Lama

 

 

The post Selepas 15 Tahun, Waheeda ‘Wassini’ Bakal Kembali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*