Raih Hampir 9 Juta “Views” Di TikTok, Ini Resipi Ayam Bakar Air Fryer

Raih Hampir 9 Juta “Views” Di TikTok, Ini Resipi Ayam Bakar Air Fryer

Ayam merupakan makanan yang sering menjadi pilihan dan boleh dikatakan sebagai menu ‘wajib ada’ setiap kali waktu makan.

Lauk ini boleh dihidangkan dalam pelbagai menu seperti ayam goreng, ayam masak merah, ayam masak kicap, ayam sambal dan banyak lagi. Selain itu, ayam bakar juga menjadi kegemaran orang ramai kerana isinya sangat lembut.

Menu ini menjadi lebih sedap apabila dinikmati ketika masih panas kerana ia mampu membuatkan sesiapa sahaja kecur liur. Tambahan lagi, mana-mana hidangan menjadi lebih sihat apabila dibakar.

Hari ini merupakan hari kedua umat Islam menjalani ibadah berpuasa dan ramai yang berkongsi menu berbuka.

Jadi, pada kesempatan ini anda bolehlah cuba pelbagai menu masakan yang dikongsi untuk berbuka termasuklah ayam bakar.

Kebiasaannya, ayam ini dibakar di atas arang, tetapi SK hari ini akan berkongsi sedikit keunikan resipi ini iaitu menggunakan air fryer oleh @chesayang_kitchen di TikTok

Menariknya, resipi yang dikongsikan ini mendapat lebih lapan juta tontonan dengan lebih 370,000 tanda ‘suka’ di platform tersebut.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Che Sayang di bawah.

Resipi Ayam Bakar Air Fryer

BACA: “Sejuk Je Lalu Tekak”, Khairul Aming Kongsi 4 Menu Air Berbuka

Bahan-bahan 

Gambar: TikTok @chesayang_kitchen

Antara bahan yang diperlukan dalam penggunaan resipi ini termasuklah ayam, kicap lemak manis, kicap cair, kicap pekat, sos tiram, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, minyak, pewarna merah dan madu.

Cara penyediaan

1. Masukkan ayam dalam satu bekas, letakkan kicap lemak manis, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, serbuk lada putih, serbuk lada hitam (boleh lebihkan), sedikit minyak, pewarna merah (naikkan warna ayam) dan madu.

Resipi Ayam Bakar Air Fryer
Gambar: TikTok @chesayang_kitchen

2. Seterusnya, gaulkan ayam dengan semua bahan yang dimasukkan dan perap selama 30 minit.

Resipi Ayam Bakar Air Fryer
Gambar: TikTok @chesayang_kitchen

3. Masukkan ayam dalam air fryer dan bakar dengan suhu 200 darjah Celsius selama 20 minit.

4. Setelah selesai, keluarkan ayam daripada air fryer, potong ayam dan siap untuk dihidangkan.

Semoga bermanfaat. Untuk lebih penjelasan, boleh tonton video di bawah.

@chesayang_kitchen

Episod 268 | Resepi Ayam Bakar Air Friyer | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh – Ayam peha dibuang tulang – Kicap lemak manis – Kicap cair – Kicap pekat atau karamel masakan – Lada putih – Lda hitam – Madu – Pewarna merah Notes: Perap 15 minit hingga 30 mminit. Kemudian, bakar dalam airfryer 200 celcius selama 20 minit. #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #ayambakar

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

Sumber: TikTok @chesayang_kitchen

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

The post Raih Hampir 9 Juta “Views” Di TikTok, Ini Resipi Ayam Bakar Air Fryer appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*