Tiga Maut, Seorang Parah Kemalangan Di Jalan Kuala Kubu Bharu

kemalangan maut Kuala Kubu Baru

Tiga Maut, Seorang Parah Kemalangan Di Jalan Kuala Kubu Bharu

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Dua lelaki dan seorang wanita maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kuala Kubu Bharu, Rawang berhampiran Serendah Golf Resort dekat sini kira-kira 11 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemukan di lokasi, mangsa yang maut ialah Rosihat Lemon, 68, Chan Kwai Hoong, 62, dan Soo Yoke Siew, 53.

Beliau berkata kemalangan itu membabitkan Perodua Axia dinaiki Chan dan Soo dengan Toyota Avanza dinaiki Rosihat bersama wanita yang cedera parah yang belum dikenal pasti identitinya.

“Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat manakala penumpang wanita yang cedera parah itu dihantar ke Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan itu pada 11.06 pagi.

Menurutnya 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu serta Rawang digegaskan ke lokasi kejadian manakala punca kemalangan sedang disiasat lanjut.

Sumber: BERNAMA

The post Tiga Maut, Seorang Parah Kemalangan Di Jalan Kuala Kubu Bharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*