Selepas Banjir Libya, Beberapa Runtuhan Bandar Purba Dipercayai Muncul Kembali

banjir libya runtuhan purba

Selepas Banjir Libya, Beberapa Runtuhan Bandar Purba Dipercayai Muncul Kembali

Susulan banjir yang mengorbankan lebih 11,000 orang di Libya, beberapa runtuhan sebuah penempatan purba dipercayai muncul kembali, lapor Daily Star.

Penemuan itu ditemui di sebuah tapak arkeologi di Cyrene, selepas kawasan tersebut menjadi salah satu zon dilanda bencana berkenaan.

Penganalisis Kanan International Crisis Group, Claudia Gazzini berkata salah satu penemuan tapak tinggalan sejarah selepas banjir itu adalah kawasan penutup sistem kumbahan Rom.

Bukan itu sahaja, dia turut menambah dinding baharu Sanctuary of Demeter, sebuah kuil di kawasan itu juga turut ditemui.

Dia berpendapat, terdapat banyak lagi struktur tinggalan sejarah lain dipercayai masih kekal tersembunyi di bawah tanah sehingga kini.

banjir libya runtuhan purba
Gambar: AFP

Walaupun beberapa penemuan baharu di penempatan itu ditemukan, namun khazan-khazanah sedia ada juga musnah akibat banjir yang melanda.

“Berita baik adalah kuil di bahagian atas Cyrene masih kukuh. Tetapi terdapat beberapa kerosakan pada empat lokasi di bahagian lain tapak arkeologi,” katanya.

Gambar: AFP

Menurutnya, di satu bahagian runtuhan yang dikenali sebagai Via Porticata, struktur tembok Rom telah musnah akibat bencana itu.

BACA JUGA: Mayat Bergelimpangan Tepi Pantai, Angka Korban Banjir Di Derna, Libya Kini Cecah 11,300 Orang

“Perkara itu berkemungkinan menyebabkan saluran air purba telah diubah dan air hujan boleh mengalir terus ke Kuil Apollo,” maklumnya yang bimbang dengan pemeliharan runtuhan terjejas itu.

banjir libya runtuhan purba
Gambar: AFP

Sementara itu, Ahmed Issa dari Jabatan Arkeologi di Universiti Omar Al-Mukhtar, Libya menggesa agar satu jawatankuasa pakar kebangsaan dibentuk.

Jelasnya, jawatankuasa itu bertujuan untuk mengklasifikasikan monumen arkeologi yang baru ditemui selain merancang pemulihan kawasan runtuhan yang musnah.

Bandar Purba

Difahamkan bandar purba yang terletak di pantai Mediterranean di Libya itu dipercayai sudah wujud sejak 631 tahun sebelum masihi (SM). Ia ditemui oleh peneroka dari pulau Yunani Thera di Laut Aegean.

Gambar: AFP

Bandar berkenaan dipercayai menjadi salah satu bandar paling penting semasa abad ke-4 SM namun diambil alih oleh orang Rom sebelum dilanda gempa bumi.

Sebelum ini, bandar purba itu ditemui semula pada abad ke-18 dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Beberapa peninggalan penting kawasan tersebut termasuk tempat mandi, kuil, monumen kepada tuhan Yunani dan amfiteater turut ditemui.

Sumber: Daily Star, Euro News

The post Selepas Banjir Libya, Beberapa Runtuhan Bandar Purba Dipercayai Muncul Kembali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*