Seludup 932 Berlian Melalui Dubur, Lelaki Warga India Ditahan Di Lapangan Terbang Bali

seludup berlian melalui dubur

Seludup 932 Berlian Melalui Dubur, Lelaki Warga India Ditahan Di Lapangan Terbang Bali

Gara-gara dilapor menyeludup 932 berlian melalui dubur, seorang lelaki warganegara India telah ditahan oleh pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali, Indonesia pada Isnin lalu, lapor Kompas.com.

Menurut laporan, suspek yang bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat di Thailand itu nekad untuk menyeludup berlian seberat 40.73 karat dengan memasukkannya ke dalam dubur.

Difahamkan, suspek dan bahan bukti telah diserahkan oleh penyiasat dari Pejabat Pengawasan dan Perkhidmatan Kastam dan Eksais Ngurah Rai kepada Pejabat Peguam Daerah Bandung untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Pejabat Pendakwa Raya Badung, Imran Yusuf, “Pelaksanaan penyerahan barang bukti kes jenayah kastam dilakukan pada Rabu lalu,”

Katanya, cubaan penyeludupan berlian itu berlaku di Terminal Ketibaan Antarabangsa di Lapangan Terbang Ngurah Rai pada 15 Oktober tahun lalu.

Kes itu terbongkar selepas pegawai berasa curiga ketika memeriksa suspek yang menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand menuju lapangan terbang berkenaan.

Difahamkan suspek kemudiannya diperiksa menggunakan prosedur X-ray dan pegawai kastam menemukan tujuh bungkusan berisi berlian yang dibaluti kondom dalam duburnya.

Imran berkata suspek mengakui dia mendapatkan berlian itu daripada ketua tempatnya bekerja sebagai akauntan. Dia diminta untuk membawa berlian dari Bangkok untuk diserahkan kepada seseorang di Bali.

“Daripada semua berlian yang diseludup suspek, dianggarkan potensi kerugian cukai import berjumlah kira-kira RM28,000,” tambahnya.

Ujarnya, dengan penyerahan suspek dan bukti, tugas dan tanggungjawab kes telah menjadi kuasa pendakwa raya.

Suspek ditahan selama 20 hari di Penjara Polis Lapangan Terbang Ngurah Rai sementara menunggu perbicaraan.

Sumber: Kompas.com

The post Seludup 932 Berlian Melalui Dubur, Lelaki Warga India Ditahan Di Lapangan Terbang Bali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*