Kedai Kasut Dalam Pusat Beli-belah Di Seri Kembangan Terbakar

kedai kasut seri kembangan terbakar

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) — Sebuah kedai kasut jenama popular musnah dalam kebakaran di pusat beli-belah di Seri Kembangan, Selangor, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.39 pagi dan tiba beberapa minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai kasut di tingkat satu di dalam pusat beli-belah itu, yang terbakar 100 peratus.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 33 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Bangi, Bandar Tun Hussein Onn dan Kajang terlibat dalam operasi pemadaman itu.

Sumber: BERNAMA

The post Kedai Kasut Dalam Pusat Beli-belah Di Seri Kembangan Terbakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*