Yayasan LTAT, MIGHT Laksana Tingkat Kemahiran Anak-anak ATM & Veteran ATM Dalam Industri Pengujian Tanpa Musnah

LANGKAWI, 24 Mei – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT)  dan Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) menandatangani satu  memorandum persefahaman (MoU) bertujuan untuk meningkatkan kemahiran anak-anak  warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan veteran ATM dalam industri pengujian tanpa  musnah (Skilled Personnel Program in Non-Destructive Testing) menerusi Program Latihan  Kemahiran Anak ATM & Veteran ATM (LAKSAMANA) di sini hari ini. 

Program tersebut merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Tanggungjawab  Sosial Korporat (CSR) Industri Pertahanan sempena Pameran Udara dan Maritim  Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir dalam  industri NDT yang mampu memberi nilai tambah berganda seiring dengan Dasar Revolusi  Perindustrian Ke-4 (4IR) Negara. 

Pemeteraian kerjasama antara Yayasan LTAT dan MIGHT selama dua tahun, iaitu  dari 2023 sehingga 2025 ini dianggarkan bakal memberi manfaat kepada seramai 100  penerima manfaat. Antara aspek kerjasama yang akan ditumpukan menerusi pemeteraian  MoU antara Yayasan LTAT dan MIGHT termasuk menyediakan pendidikan teknikal dan  latihan vokasional (TVET) dengan memberikan sijil di bawah pensijilan “Personnel  Certification Scheme (ICPS) serta menawarkan laluan kerjaya yang kompetitif kepada  penerima manfaat di 42 syarikat yang dipilih. 

Memorandum ini ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Dato’ Dr.  Mohd Nizar bin Haji Sudin dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr. Mohd  Yusoff Sulaiman disaksikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YLTAT, YM Jeneral Tan  Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Bersara) dan Pengerusi Bersama (Kerajaan)  MIGHT, YBhg. Prof Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid. 

Untuk makluman, Ujian Tanpa Musnah atau lebih dikenali dengan Non-Destructive  Testing (NDT) adalah proses pemeriksaan, pengujian, atau penilaian bahan-bahan,  komponen atau perbezaan dalam ciri-ciri tanpa memusnahkan mana-mana bahagian atau  sistem. Kaedah NDT menjadi industri pilihan kerana tidak merosakkan komponen yang akan  menyebabkan bahaya.  

The post Yayasan LTAT, MIGHT Laksana Tingkat Kemahiran Anak-anak ATM & Veteran ATM Dalam Industri Pengujian Tanpa Musnah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*