Sembilan Maut, Ratusan Cedera Dalam Insiden Gempa Bumi Di Taiwan

maut gempa bumi taiwan

Sembilan Maut, Ratusan Cedera Dalam Insiden Gempa Bumi Di Taiwan

Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan hampir 800 orang lagi dilaporkan cedera dalam insiden gempa bumi di Taiwan pada hari ini.

Gegaran gempa bumi terbabit dilaporkan sangat kuat sehingga memusnahkan beberapa bangunan. Malah, amaran tsunami telah dikeluarkan di beberapa kawasan termasuklah di Jepun dan Filipina sebelum ditarik semula.

Agensi Bomba Kebangsaan memaklumkan kesemua kematian berlaku dalam wilayah Hualien.

Tiga orang daripada tujuh pendaki telah dilaporkan maut akibat dihempap runtuhan akibat gegaran terbabit, jelas pihak berkuasa.

Dalam lokasi yang berlainan pemandu bagi sebuah trak dan kereta meninggal dunia apabila kenderaan yang dinaiki ditimpa runtuhan.

Manakala, seorang lelaki dilaporkan maut di dalam lombong sewaktu insiden terbabit barlaku.

Gambar: HANDOUT/HUALIEN FIRE DEPARTMENT/AFP

Pihaknya turut memaklumkan bahawa setakat ini kira-kira 736 orang mengalami kecederaan, tanpa menjelaskan tahap keseriusan kecederaan yang dialami mangsa.

Pihak berkuasa berkata, gempa bumi 7. 4 magnitud tersebut merupakan gegaran paling kuat yang pernah melanda pulau tersebut dalam masa beberapa dekad.

Pada masa yang sama, media sosial telah dibanjiri dengan hantaran yang memaparkan video dan imej keadaan persekitaran ketika insiden tersebut berlaku.

Gambar: HANDOUT/HUALIEN FIRE DEPARTMENT/AFP

“Permukaaan bumi bergegar dengan sangat dahsyat. Lukisan pada dinding rumah, televisyen dan kabinet minuman keras saya semua jatuh ke lantai,” kata seorang lelaki di Hualien ketika ditemui SET TV.

Sementara itu, Datuk Bandar memaklumkan lebih daripada 50 mangsa telah berjaya diselamatkan daripada runtuhan-runtuhan struktur bangunan di sana.

Saluran televisyen tempatan memaparkan beberapa jentolak mengalihkan batu-batu di jalan utama ke Huelien. Untuk makluman, Hualien merupakan
bandar pantai yang dikelilingi gunung dengan kira-kira 100,000 orang penduduk yang dipercayai terputus hubungan akibat tanah runtuh.

President Tsai Ing-wen pula telah menyeru agensi kerajaan pusat dan tempatan untuk menjalankan misi menyelamat bersama-sama.

Beliau turut berkata, badan ketenteraan turut dikerah ke lokasi kejadian untuk memberikan sokongan terhadap misi menyelamat.

Berhubung orang ramai pula, pihak terbabit telah memberikan amaran berkenaan gegaran terbabit beberapa hari sebelum insiden itu berlaku.
Gambar: HANDOUT/HUALIEN FIRE DEPARTMENT/AFP

“Gempa bumi berlaku berdekatan dengan daratan dan permukaan air yang cetek.

“Gegaran ini dapat dirasai penduduk di seluruh Taiwan dan beberapa pantai berdekatan dengannya,” kata Pengarah Pusat Pentadbiran Cuaca & Seismologi Taipei, Wu Chien-fu.

Peraturan bangunan yang ketat dan kesedaran bencana awam yang meluas nampaknya telah menghalang malapetaka lebih besar bagi pulau terbabit walaupun kedudukannya yang terdedah kepada gempa bumi, iaitu berhampiran persimpangan dua plat tektonik.

Wu berkata, kekuatan gegaran gempa bumi terbabit merupakan terkuat sejak insiden gempa bumi 7.6 magnitud melanda Taiwan pada September 1999.

Kejadian pada 1999 itu telah meragut  kira-kira 2,400 nyawa penduduk dan dianggap bencana alam sekitar paling dahsyat dalam sejarah Taiwan.

BACA: Hasrat Buat Kejutan Tak Kesampaian, Bapa Meninggal Sebelum Restoran Dilancarkan

Sumber: AFP

The post Sembilan Maut, Ratusan Cedera Dalam Insiden Gempa Bumi Di Taiwan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*