Senang Je, Ini Cara Nak Tukar Username & Password Unifi Yang Pakai Router DLink

Cara Nak Tukar Username & Password Pada Router DLink

Senang Je, Ini Cara Nak Tukar Username & Password Unifi Yang Pakai Router DLink

Hari ini, hampir setiap rumah mempunyai sambungan internet masing-masing bagi memudahkan aktiviti harian berjalan lancar.

Memang tidak dinafikan, internet merupakan salah satu keperluan dalam kalangan komuniti global. Seperti yang kita semua tahu, banyak maklumat dan urusan hari ini berada di alam maya yang aksesnya cuma boleh dibuat jika kita ada sambungan internet.

Ketiadaan internet dalam sesebuah rumah boleh menyebabkan banyak hal tergendala dan ada yang perlu bergerak jauh untuk mendapatkan sambungan.

Kesannya, mungkin ada yang ‘tertinggal’ dengan perkembangan semasa seperti berita-berita terkini, hebahan mengenai bantuan dan sebagainya.

Namun begitu, apabila kita memasang sambungan internet di rumah, ada kemungkinan kita terdedah dengan kejadian kecurian WiFi. Apabila situasi ini berlaku, ia menyebabkan router kita terpaksa menanggung lebih banyak pengguna daripada sepatutnya.

Salah satu cara untuk membasmi tindakan ‘parasit’ ini adalah dengan kerap menukar nama dan kata laluan router.

Ini adalah cara tukar username dan password Unifi yang guna router DLink 

Seorang pengguna TikTok, Tanxy (@unifitanx) berkongsi cara untuk menukarkan username dan kata laluan (password) pada router jenis DLink pakej 100 dan 300mbps.

Pada awalnya, kita perlu memastikan bahawa sambungan Wi-Fi dan telefon pintar telahpun bersambung. Selepas kedua-duanya disambungkan, buka aplikasi Google ataupun Safari dan taip IP yang boleh ditemui pada belakang badan router.

Kemudian, anda boleh melihat laman web DLink seperti di bawah:

tukar username passwork dlink
Kredit: TikTok

Masukkan kata laluan router anda. Jika anda tidak mengetahui apakah kata laluan asli router, sila rujuk bahagian bawah router dan ia tertera pada sticker Mac Address.

Apabila anda sudah berjaya log masuk ke dalam laman web berkenaan, klik pada bahagian Network dan kemudiannya, WLAN.

Dekat sini, anda akan nampak profil dan klik pada Network sekali lagi, dan tekan SSI Setting.

Pada bahagian tersebut, anda boleh menukar nama pada router Wi-Fi mengikut citarasa anda, sama ada ingin menggunakan nama anda, nama institusi dan sebagainya.

Selepas meletakkan nama baharu bagi router Wi-Fi anda, tekan pada Submit.

Seterusnya, kita akan belajar cara untuk menukarkan kata laluan pula. Klik pada Security dan anda boleh menukar kata laluan mengikut citarasa anda, asalkan melebihi lapan aksara. Jangan lupa untuk menekan pada bahagian Submit.

tukar username passwork dlink
Kredit: TikTok

Anda juga mempunyai pilihan untuk menukarkan username dan kata laluan bagi sambungan 5.0 GHz. Anda hanya perlu menukarkan tetapan pada Wireless Spectrum dan ikut langkah yang sama.

Boleh tonton video dibawah untuk membantu anda memahami proses ini dengan lebih jelas.

@unifitanxy

Cara tukar password dan username untuk pakej 100 mbps dan 300mbps menggunakan router Dlink. . Dah bagi ni jangan lupa ajak aku makan rumah kau. 😏#unifikajang #unifibangi #santai #seriussangat #unifimalaysia #ugradeunifi #daftarunifi #abanginstaller

♬ original sound – Tanxy | Unifi – Tanxy | Unifi

Semoga bermanfaat.

BACA: Ingat Benda Sama Rupanya Tak, Ini Beza “Router” Dengan “Modem” WiFi Ramai Tak Tahu

Sumber: @unifitanx via TikTok

The post Senang Je, Ini Cara Nak Tukar Username & Password Unifi Yang Pakai Router DLink appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*