Tip Jimat Hujung Bulan, Ini Resipi Sosej Cili Padi Anda Boleh Cuba

Resipi Sosej Cili Padi

Tip Jimat Hujung Bulan, Ini Resipi Sosej Cili Padi Anda Boleh Cuba

Apabila tiba hujung bulan, kita biasanya menjadi lebih berjimat-cermat, sementara menanti hari gaji.

Jika di zaman bujang, antara perkara yang dibuat pada hujung bulan tentulah mencatu makanan, kan?

Antara makanan yang ‘wajib’ ada pada tengah bulan bagi segelintir orang adalah mi segera ataupun biskut kering.

Namun begitu, terdapat hidangan lain yang boleh menjimatkan duit anda. Contohnya, makanan yang berasaskan sosej ayam atau daging.

Stu pek sosej sebenarnya sangat menjimatkan dan boleh dibuat sehingga 2 ke 3 hidangan. Jadi, memang jimat betul.

Selepas ini anda mungkin jarang makan makanan berasaskan telur atau mi segera lagi kerana SK nak berkongsi resipi Sosej Cili Padi yang sedap dan senang.

Resipi ini juga sebenarnya sesuai untuk ibu-ibu yang kehabisan idea untuk menyediakan juadah.

Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Che Sayang Kitchen.

Bahan-bahan yang perlu disediakan

Bahan utama resipi ini semestinya sosej. Kemudian, sediakan 6 ulas bawang putih, 1 biji bawang merah, cili padi merah dan hijau, asam keping, sos tiram, secubit garam dan akhir sekali cili besar merah serta hijau.

Cara-cara memasak Sosej Cili Padi

Mula-mula, kisar cili padi merah dan hijau, bawang putih, bawang merah, cili besar merah serta hijau.

Namun begitu, pastikan bahan-bahan tersebut tidak dikisar terlalu halus. Tekstur yang sedikit kasar akan menjadikan juadah berkenaan lebih enak dinikmati nanti.

Seterusnya, ambil dan potong sosej menjadi dua (terpulang kepada anda nak guna berapa batang).

Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar sebentar tadi.

Tumis bahan-bahan tersebut sehingga garing lalu masukkan sosej yang telah dipotong.

Dalam pada itu, gaul sehingga rata kesemua bahan sehingga sosej masak dengan sempurna. Setelah itu, masukkan asam keping ataupun sedikit asam jawa ke dalam kuali.

Letakkan sedikit sos tiram untuk menyedapkan lagi masakan dan letak sedikit garam. Kemudian gaul sehingga sebati selama beberapa minit.

Apabila sudah masak, anda boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba.

BACA: Resipi Ayam Bakar Tomyam Memikat Selera, Senang Buat

@chesayang_kitchen

Episod 330 | Resepi Sosej Cili Padi | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh – cili padi merah & hijau – Bawang putih – Bawang merah – Cili besar merah dan hijau – Sosej – Asam keping – Sos tiram – Garam #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #sosejcilipadi

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

Sumber: Che Sayang Kitchen Via TikTok

The post Tip Jimat Hujung Bulan, Ini Resipi Sosej Cili Padi Anda Boleh Cuba appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*