Tiga Kali Cuba Tangkap Tak Berjaya, Buaya Gergasi Seberat 1.2 Tan Akhirnya Ditembak Mati

buaya jantan gergasi

Tiga Kali Cuba Tangkap Tak Berjaya, Buaya Gergasi Seberat 1.2 Tan Akhirnya Ditembak Mati

LAHAD DATU —  Seekor buaya jantan berukuran hampir lima meter panjang berjaya ditembak mati di Kampung Desa Bajau semalam, lapor Sinar Harian.

Difahamkan bangkai reptilia yang dianggarkan seberat 1.2 tan tersebut kemudiannya dibawa naik ke darat.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) mengambil masa hampir lima jam untuk menangkap haiwan tersebut dalam operasi itu.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad, Datuk Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel,  pada jam 4.38 petang, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kemunculan reptilia itu.

“Sebanyak tiga kali percubaan untuk menangkap buaya tersebut tetapi tidak berjaya kerana saiznya yang terlalu besar, hampir lima meter panjang dan dua meter lebar dengan berat 1.2 tan.

“Operasi menangkap haiwan ini dilakukan bersama JHL Lahad Datu dan akhirnya berjaya ditangani pada jam 8.50 malam,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Silvester Saimin memaklumkan bahawa sebanyak tujuh das tembakan terpaksa dilepaskan oleh pihaknya bagi menangkap buaya tersebut.

“Buaya itu kemudian ditarik oleh anggota APM dan penduduk kampung serta dibawa ke perumahan Hidupan Liar untuk dilupuskan,” jelasnya.

Pada September tahun lalu, seekor buaya terbesar sepanjang 5.3 meter berjaya ditangkap oleh JHL Sabah.

BACA JUGA: Trak Pun Tak Muat, Penduduk Digemparkan Dengan Penemuan Buaya Gergasi

Sementara itu, pada Oktober lalu, seorang lelaki dilaporkan maut selepas diserang oleh buaya dalam satu kejadian di tebing Sungai Terusan Dumundung, Sukau.

Mangsa dipercayai sedang mandi dan mencuci pakaian sebelum disambar reptilia itu.

Mayat lelaki terbabit ditemukan dalam mulut buaya sebelum dilepaskan kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa diserang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, pada pukul 3.10 petang pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian.

Jelasnya, lima anggota bomba dari BBP Kota Kinabatangan terpaksa menempuh jarak perjalanan sejauh 62 kilometer sebelum tiba di lokasi kejadian.

BACA JUGA: Kenapa Binatang Sebesar Buaya Berenang Tidak Menghasilkan Riak Air yang Besar? Ini Jawapannya

Sumber: Sinar Harian

The post Tiga Kali Cuba Tangkap Tak Berjaya, Buaya Gergasi Seberat 1.2 Tan Akhirnya Ditembak Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*