Seorang Anggota TUDM Maut, Dua Jurulatih Cedera Ketika Menembak

anggota tudm maut menembak

Seorang Anggota TUDM Maut, Dua Jurulatih Cedera Ketika Menembak

SEREMBAN, (Bernama) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan seorang anggotanya maut manakala dua jurulatih cedera ketika menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di Tapak Latihan Grenade Asas, lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas tengah hari semalam.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan insiden pada 12.10 tengah hari itu telah mengakibatkan mangsa, yang merupakan penuntut kursus peningkatan pembantu pertahanan kelas 1 Siri 78/23, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua jurulatih yang mengalami kecederaan itu pula diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat.

“Pihak TUDM telah menghubungi waris anggota yang terlibat dan menyerahkan kes kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

BACA JUGA: Anggota Polis Ditemukan Maut Dengan Kesan Tembakan Ada Masalah Keluarga – KPN

Justeru, TUDM menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai serta menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.

Katanya maklumat perkembangan insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan terkini, Ketua Polis Daerah Tampin Superintenden Anuwal Ab Wahab mengesahkan seorang daripada jurulatih yang cedera dalam insiden itu telah meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Beliau berkata maklumat lanjut akan dikongsi dari semasa ke semasa kerana siasatan masih dijalankan.

Sumber: BERNAMA

The post Seorang Anggota TUDM Maut, Dua Jurulatih Cedera Ketika Menembak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*