Sepinggan RM78, Abang Ni Pecah Rekod Harga Nasi Kandar

Nasi Kandar RM78

RM78 Penuh Sotong, Udang & Telur Sotong, Abang Ni Pecah Rekod Nasi Kandar

Nasi kandar iaitu hidangan nasi putih bersama pelbagai jenis lauk berkuah dan berempah bukan lagi suatu pekara yang asing di Malaysia.

Juadah ini cukup sinonim dan diburu oleh para peminat makanan setiap kali berkunjung ke negeri utara, iaitu Pulau Pinang.

Dipopularkan oleh komuniti India Muslim di negeri itu, nasi kandar memang terkenal sebagai satu hidangan yang sangat ‘surr’.

Selain terkenal dengan kuah campur, nasi kandar juga dihidangkan dengan bermacam jenis lauk pauk dari daging, ayam hinggalah ke makanan laut.

Pilihan lauk makanan laut seperti sotong dan udang sudah semestinya menjadi tarikan utama pada mana-mana penggemar tegar nasi kandar.

Walaupun ramai yang terliur, namun semua sedia maklum makanan laut bukanlah makanan yang murah di negara kita.

Namun begitu, ia tidak menjadi penghalang kepada seorang lelaki untuk menikmati juadah nasi kandar ‘level’ premium dan pada masa yang sama mencipta rekod baharu.

Kisah lelaki berasal dari Kelantan yang mencipta rekod baharu itu dikongsikan oleh Nasi Kandar Sulaiman pada 5 Januari lalu di laman Facebook restoran tersebut.

Rekod baharu harga sepinggan nasi kandar paling mahal itu berjaya memadamkan rekod dicipta pelanggan dari Johor Bahru penghujung tahun lepas.

Pelanggan berkenaan mengambil hidangan sepinggan nasi kandar pada harga RM78.

“RM78. Pecah rekod. Orang Kelantan mai pecah rekod. New all time biggest record. Tak sangka akan ada orang mai buat rekod baru, mai dari jauh pula tu.

“Persoalannya adakah rekod ini pun akan dipecah? Kita nantikan,” tulis Nasi Kandar Sulaiman.

Berdasarkan perkongsian itu, pilihan lauk yang diambil oleh pelanggan tersebut adalah tujuh ekor sotong, dua ekor udang, telur sotong, ayam dan sayur bendi.

Pilihan lauk yang pelbagai itu telah menjadikan hidangan itu paling mahal setakat ini yang pernah direkodkan oleh kedai nasi kandar tersebut.

Terdahulu, seorang pelanggan dari Johor telah berjaya memecahkan rekod nasi kandar paling mahal yang pernah dijual oleh Nasi Kandar Sulaiman.

Pelanggan berkenaan mengambil hidangan dengan beberapa pilihan harga yang harganya adalah RM69.

Nasi Kandar Sulaiman merupakan sebuah restoran nasi kandar yang terletak Jalan Air Itam, Dato Keramat, Pulau Pinang. Kedai ini beroperasi daripada 6.30 pagi sehingga 2.30 petang.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Facebook/Nasi Kandar Sulaiman

The post Sepinggan RM78, Abang Ni Pecah Rekod Harga Nasi Kandar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*