Serangan Ke Atas Houthi Didakwa Untuk Redakan Ketegangan Di Laut Merah

AS UK serangan laut merah

Serangan Ke Atas Houthi Didakwa Untuk Redakan Ketegangan Di Laut Merah

United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) bersama lapan negara bersekutu berkata serangan ke atas Houthi di Yaman adalah untuk mengembalikan kestabilan di Laut Merah.

10 negara tersebut berkata demikian dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, lapor AFP.

Selain AS dan UK, lapan negara lagi adalah Australia, Bahrain, Kanada, Denmark, Jerman, Belanda, New Zealand dan Korea Selatan.

“Tujuan kami adalah  untuk meredakan ketegangan dan mengembalikan kestabilan di Laut Merah.

“Mesej kami jelas bahawa kami tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan nyawa dan memastikan perairan yang menjadi laluan perdagangan bebas dari menghadapi ancaman berterusan,” kata kenyataan itu.

BACA: Jangan Terkeliru, Rupanya Ini Beza Kedua-dua Logo UiTM Ini

Sumber: AFP

The post Serangan Ke Atas Houthi Didakwa Untuk Redakan Ketegangan Di Laut Merah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*