Serangan Roket, Israel Isytihar “State of War” Sebentar Tadi

israel isytihar state of war

Serangan Roket, Israel Isytihar “State of War” Sebentar Tadi

Israel dilapor mengisytiharkan state of war sebentar tadi susulan serangan roket yang didakwa dilancarkan daripada wilayah Gaza yang dikuasai Hamas, hari ini, lapor CNN.

Serangan roket itu menyebabkan sekurang-kurangnya seorang orang awam maut manakala puluhan lagi cedera.

Susulan insiden itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Nentanyahu dilapor mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan situasi keselamatan semasa. Mesyuarat berkenaan dilapor berlangsung di ibu pejabat tentera Israel di Tel Aviv.

Selepas mengisytiharkan state of war, CNN melaporkan angkatan bersenjata Israel kini mula diaturgerakkan untuk tindakan selanjutnya.

Beberapa lapangan terbang utama di wilayah selatan dan tengah Israel juga dilapor sudah ditutup, kecuali untuk penerbangan peribadi dan aktiviti sukan.

Manakala lapangan terbang di Ben Gurion dibenarkan untuk terus beroperasi, namun perlu mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Israel Defence Force melalui satu kenyataan berkata, Hamas akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya dengan kejadian itu.

Kabinet Keselamatan Israel pula dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang langkah yang diambil seterusnya pada pukul 1 petang, waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia).

Terdahulu, pelbagai rakaman video yang menunjukkan situasi semasa di Israel-Palestin sedang menjadi tular dan trending di media sosial. Antaranya menerusi platform X dan juga Facebook.

Rata-rata video yang tular menunjukkan detik-detik serangan roket yang berlaku yang bermula sejak pagi tadi.

BACA: Padu Suara ‘Tarik’, Tular Budak Rileks ‘Karok’ Lagu Bunga Angkasa Di Kenduri Kahwin

Berita lanjut menyusul.

Sumber: CNN

The post Serangan Roket, Israel Isytihar “State of War” Sebentar Tadi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*