Padu Suara ‘Tarik’, Tular Budak Rileks ‘Karok’ Lagu Bunga Angkasa Di Kenduri Kahwin

kanak-kanak india majlis kahwin

Padu Suara ‘Tarik’, Tular Budak Rileks ‘Karok’ Lagu Bunga Angkasa Di Kenduri Kahwin

Umum mengetahui, sudah menjadi lumrah di kenduri kahwin, pengacara majlis akan memansang lagu-lagu romantik untuk memeriahkan majlis.

Namun, ada juga tuan rumah yang memberikan peluang kepada tetamu yang hadir untuk menunjukkan bakat yang terpendam dengan menawarkan ‘karaoke booth‘ ketika majlis berlangsung.

Kebiasaanya, ‘karaoke booth‘ ini diadakan bagi memberi ruang kepada tetamu untuk menjamu selera dan berhibur bersama-sama.

Baru-baru ini, tular seorang kanak-kanak tular di media sosial susulan video nyanyian lagu rock balada dalam satu majlis perkahwinan masyarakat India memukau warga maya baru-baru ini.

Melalui video kiriman Burn (@burnpazzword), kanak-kanak berkenaan dilihat langsung tidak kekok untuk menyanyikan lagu berbahasa Melayu itu.

Kanak-kanak lelaki tersebut telah menyanyikan lagu Bunga Angkasa yang dipopularkan band Terra Rossa pada tahun 1992.

Dalam video yang berdurasi 1.06 minit, nyanyian kanak-kanak tersebut sangat merdu dan jelas sehingga pendengar terpukau apabila mendengar nyanyiannya.

Lagu tersebut memiliki bahagian korus yang agak sukar dinyanyikan iaitu, penyanyi perlu menarik suaranya pada bahagian not yang tinggi.

Namun dia berjaya menarik bahagian not tinggi dengan selamba, tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda ‘pancit’.

@burnpazzword

video diambil dari shabat aku @🆂&🄹(●’◡’●)ノ ..selamba je tarik lagu bunga angkasa..memang terbaik adik ni..#fyps #malaysiatiktok #fypシ

♬ original sound – Burn – Burn

Video nyanyian berkenaan telah tular dan mendapat perhatian daripada warga maya, khususnya dalam kalangan pengguna TikTok.

“Dik , abang yang Melayu pun tak mampu nak nyanyi lagu ni,” pengguna @m.shazuan memberikan komen.

“Sekali dia bagi Bunga Angkasa… Padu…,” pengguna @user1888353022163 terpukau dengan nyanyian adik tersebut.

Selain daripada kemerduan suara kanak-kanak tersebut, pemilihan lagu tersebut dalam majlis perkahwinan itu juga satu perkara yang unik.

Perkara ini jelas menunjukkan kesan pencampuran budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia yang memiliki pelbagai bangsa dan kaum.

“Woww… Budak umur cam ni minat lagu rock kapak zaman 80, 90-an,”  tulis pengguna @kitapengyu_08.

“Bestnya kita harmoni macam ni, hidup berbilang bangsa,” komen pengguna @kamilradzuan7.

BACA: Ramai Tak Jangka, Ini ‘Bencana’ Menanti Jika Talian Internet Tiba-tiba Hilang Di Seluruh Dunia

Sumber: burnpazzword via TikTok

The post Padu Suara ‘Tarik’, Tular Budak Rileks ‘Karok’ Lagu Bunga Angkasa Di Kenduri Kahwin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*