Sergio Busquets Sah Tinggalkan Barcelona Hujung Musim Ini

Sergio Busquets Barcelona

Sergio Busquets Sah Tinggalkan Barcelona Hujung Musim Ini

BARCELONA — Pemain tengah Barcelona secara rasmi bakal meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini, lapor portal rasmi FC Barcelona.

Menerusi satu kenyataan rasmi, kapten blaugrana mengumumkan keputusan itu semalam dalam sebuah video. Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada kelab itu selepas 18 musim menabur bakti bersama.

“Sudah menjadi satu penghormatan dan satu kebanggaan untuk memakai lencana ini. Namun, segala-galanya akan ada pengakhirannya.

“Saya mengakui ia bukanlah satu keputusan yang mudah. Sebelum mengucapkan terima kasih, semua boleh menemani saya dalam perjalanan ini termasuk rakan sepasukan dan peminat,” katanya.

Kelab dari Sepanyol itu menyifatkan pemergian Sergio Busquets merupakan satu kehilangan besar buat Barca.

Musim Terakhir Sergio Busquets Sebagai Pemain Barcelona (Blaugrana)

Gambar: FC Barcelona

Sepanjang musim ini Busquets berjaya membuat 27 penampilan dengan 4 bantuan gol (assist). Dia juga merupakan tonggak penting bagi jurulatih dan bekas rakan sepasukan Barcelona, Xavi Hernández.

Sebelum meninggalkan kelab itu, Busquets berpeluang untuk menambahkan koleksi trofi dalam karier bola sepaknya apabila Barca kini menerajui takhta liga.

Karier Bola Sepak Sergio Busquets

Gambar: FC Barcelona

Untuk makluman, pemain kelahiran Sepanyol itu pertama kali menyertai Barca pada tahun 2005. Bagaimanapun, beliau membuat penampilan sulung bersama skuad utama pada 2008 ketika menentang Racing Santander.

Kebolehannya mengemudi barisan tengah sememangnya tidak boleh disangkal apabila berjaya memenangi enam trofi dalam satu tahun kalendar.

BACA JUGA: Haaland Tonggak Utama Dalam Misi Balas Dendam City Terhadap Real Madrid

Sejak dari itu, dia menjadi salah satu pemain berpengaruh dalam pasukan. Ia jelas terbukti apabila dalam dua musim terakhir, pemain itu berperanan sebagai kapten pasukan.

Busquets telah bermain 718 perlawanan sewaktu menyarung jersi blaugrana dan merupakan pemain ketiga paling banyak bermain dalam dalam sejarah kelab.

Bukan itu sahaja dia juga menjadi antara pemain paling banyak beraksi dalam el-clasico dengan 48 perlawanan. 23 daripada berjaya dimenangi Barca.

Sepanjang bermain bersama kelab Sepanyol itu, Sergio telah merangkul 31 trofi termasuklah lapan kejuaraan liga, tujuh Copas del Rey, tujuh Piala Super Sepanyol, tiga trofi Liga Juara-Juara , tiga Piala Super Eropah dan tiga Piala Dunia Kelab.

Sumber: FC Barcelona 

The post Sergio Busquets Sah Tinggalkan Barcelona Hujung Musim Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*