Lelaki Nekad Korban Pergi Umrah, Derma Semua Duit Dikumpul Untuk Bantu Mangsa Gempa Bumi

korban pergi umrah

Lelaki Nekad Korban Pergi Umrah, Derma Semua Duit Dikumpul Untuk Bantu Mangsa Gempa Bumi

Tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan tindakan seorang lelaki warga emas yang mendermakan kesemua wang yang disimpan untuk menunaikan ibadah umrah kepada Pesatuan Bulan Sabit Merah di Turkiye.

Video berdurasi 59 saat itu telah dikongsikan oleh @middleeasteye di akaun TikTok rasmi mereka.

Berdasarkan keterangan video tersebut, lelaki bernama Mehmet Cakirhan berusia 74 tahun itu berasal daripada Turkiye.

Korban pergi umrah

Dia telah bertindak menyumbangkan wang yang telah disimpannya untuk menunaikan ibadah umrah ke Mekah.

Wang tersebut dilaporkan telah diserahkan kepada Bulan Sabit Merah bagi membantu mangsa gempa bumi.

Menurut keterangan itu lagi, lebih 35,000 orang terkorban akibat gempa bumi maut yang melanda Turkiye dan Syria. Beribu-ribu lagi yang lain telah mengalami kecederaan dan memerlukan bantuan perubatan serta kewangan.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Selain itu, menerusi keterangan dalam video itu turut menyatakan bahawa Mehmet sepatutnya pergi menunaikan umrah pada tahun ini.

Menurut seorang lelaki yang menemubual Mehmet, dia sempat memberitahunya bahawa pemberian wang itu merupakan antara kejadian yang terbaik berlaku pada hari tersebut.

Satu kebajikan yang paling tidak dapat dilupakan

“Semua kebajikan itu baik, tetapi kami tidak akan melupakan perbuatan derma daripada pakcik kami disini. Kami pasti akan mendoakan agar anda dimurahkan rezeki berlipat kali ganda di dunia mahupun akhirat,” kata lelaki tersebut kepada Mehmet.

“Semuanya baik-baik sahaja, namun tiba-tiba gempa bumi melanda. Saya serahkan duit saya pada hari ini. Lagi 10 hari tempoh yang tinggal sebelum saya sepatutnya pergi menunaikan umrah.

“Semua sudah siap sedia. Semuanya. Namun bila gempa bumi berlaku, saya berkata pada diri saya bahawa saya akan serahkan duit itu disini,” kata Mehmet yang berkongsikan ceritanya.

Tindakan warga emas yang sanggup berkorban demi kebaikan sejagat itu telah membuatkan pasukan sukarelawan tersebut tersentuh dan terharu.

@middleeasteye

Mehmet Cakirhan, a 74-year-old Turkish man, donated money he had put aside to go on the Umrah pilgrimage to #Mecca to the Red Crescent in order to support victims of the #earthquake that hit the region last Monday. #islam #muslim #LearnOntikTok #TurkeyEarthquake #SyriaEarthquake #Syria #Turkey More than 35,000 people have died as a result of the deadly earthquakes that struck Turkey and Syria. Thousands of others have been injured and are in need of medical and financial aid.

♬ original sound – Middle East Eye

Perkongsian cerita lelaki warga emas itu turut tidak terlepas mendapat perhatian pengguna media sosial di TikTok. Ramai yang meninggalkan komen dengan mendoakan kesejahteraan Mehmet.

Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen adalah:

“Semoga Allah SWT memberatkan timbangan amalnya dan memberi jalan untuk dia pergi umrah,” tulis seorang netizen.

“Ya ALLAH kurniakanlah kepada ayah ini keberkatan untuk mengerjakan umrah berkali-kali, dan semoga tempat istirehat terakhirmu di Madinah. Aaminn ya rabb,” tulis seorang lagi netizen yang mendoakan Mehmet.

“Semoga Allah melimpahkan kurnianya dan menambahkan rezekinya agar dapat menziarahi Haramain berkali-kali, Aamiin,” tambah seorang lagi yang mendoakannnya.

Selain mendapat doa yang baik-baik, terdapat juga perkhabaran gembira berkenaan perbuatan Mehmet tersebut.

“Jangan risau semua orang di Turkiye telah menawarkannya untuk menunaikan haji dan mereka bersetuju! Apa yang anda berikan akan sentiasa mendapat balasan yang baik,” tulis seorang netizen yang memberitahu bahawa Mehmet telah mendapat tajaan haji.

Sumber: TikTok

The post Lelaki Nekad Korban Pergi Umrah, Derma Semua Duit Dikumpul Untuk Bantu Mangsa Gempa Bumi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*