Servis Unik, Boleh Upah Orang Datang Ambil Jika Tersangkut Dalam “Jammed”

upah orang ambil jammed

Servis Unik, Boleh Upah Orang Datang Ambil Jika Tersangkut Dalam “Jammed”

Hampir setiap hari rakyat Malaysia menempuh kesesakan lalu lintas, malah situasi itu sudah menjadi satu kebiasaan.

Kadang kala, kita boleh tersangkut dalam kesesakan lalu lintas sehingga berjam-jam lamanya.

Apabila selalu berhadapan dengan keadaan ini, kadang-kala boleh membuatkan kesabaran menjadi senipis kulit bawang, kan?

Namun, dengan pertambahan kenderaan di atas jalan setiap hari, kita semua terpaksa menerima hakikat bahawa perkara itu tidak dapat dielakkan.

Selain Malaysia, situasi kesesakan lalu lintas ini berlaku di mana-mana sahaja, lebih-lebih lagi di China yang rakyatnya lebih 1 bilion orang.

Upah orang datang ambil jika tersangkut dalam jammed

Situasi kesesakan teruk boleh dilihat di bandar Beijing, yang populasinya mencecah puluhan juta orang.

Menariknya, situasi kesesakan di bandar itu sangat teruk sehingga ada orang melihat perkara tersebut sebagai peluang perniagaan.

Pada 2015, muncul satu perkhidmatan unik di sana yang ditawarkan sebagai solusi kepada kesesakan lalu lintas.

Perkhidmatan unik tersebut membolehkan pemandu mengupah orang untuk datang menyelamatkan mereka daripada daripada terperangkap dalam kesesakan.

Manakala perkhidmatan ini pula ditawarkan oleh penunggang motosikal di sana.

Bagaimana perkhidmatan berkenaan berfungsi?

Pada harga sehingga 400 Yuan, pemandu yang tersangkut di jalan raya boleh menempah perkhidmatan ini untuk datang mengambil mereka.

Pemandu tersebut kemudian dibawa keluar dengan menggunakan motosikal dan dihantar ke destinasi yang hendak dituju.

Manakala kenderaan anda pula akan dipandu atau dibawa keluar dari kesesakan oleh rakan penunggang yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.

Selain Beijing, perkhidmatan tersebut juga ditawarkan di beberapa bandar lain seperti di Jinan dan Shandong.

Bagaimanapun, perkhidmatan tersebut dikatakan hanya mampu bertahan untuk tempoh beberapa bulan sahaja sebelum terkubur.

Salah satu puncanya adalah kurang kepercayaan dalam kalangan pemandu terhadap orang asing untuk menguruskan kenderaan mereka.

Walaupun perkhidmatan tersebut mampu menjimatkan masa, pemandu merasa khuatir dengan risiko kereta dicuri.

BACA: Syarikat EV China Bagi Staf Bonus Hingga 8 Bulan Gaji, Jualan 2023 Lepasi Sasaran

Sumber: Firstpost

The post Servis Unik, Boleh Upah Orang Datang Ambil Jika Tersangkut Dalam “Jammed” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*