Sesi Walkabout YAB Perdana Menteri Ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

Sesi Walkabout YAB Perdana Menteri Ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 MAC 2024 – Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar  Ibrahim bersama Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh,  Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah  mengadakan sesi walkabout di Bazar Ramadan RAHMAH Taman Perpaduan,  Tambun, Perak sekaligus melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR)  Peringkat Negeri Perak Tahun 2024. 

Program BRR ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha mengurangkan kos sara  hidup rakyat melalui penyediaan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada  harga murah dan berpatutan. Ini termasuklah dengan menggalakkan para  peniaga menyediakan kepelbagaian konsep penyediaan makanan/produk yang  seimbang berteraskan Menu RAHMAH kepada pengunjung yang datang ke  Bazar Ramadan pada tahun ini. 

Bagi penganjuran peringat Negeri Perak, sebanyak 4 lokasi tumpuan orang ramai  telah dipilih sebagai BRR pada tahun ini iaitu BRR Taman Cempaka Ipoh, BRR Taman Perpaduan Tambun, BRR Taman Silibin Ipoh dan BRR Stadium Majlis  Perbandaran Manjung. Antara kriteria pelaksanaan Program BRR adalah 40%  daripada peniaga Bazar Ramadan perlu menawarkan Menu RAHMAH, lokasi  tumpuan komuniti setempat serta menggalakkan kadar sewa RAHMAH dan berpatutan kepada peniaga berdasarkan lokaliti. Bagi BBR Taman Cempaka,  sebanyak 71 gerai menyediakan Menu RAHMAH sebagai pilihan menu  tambahan pada harga RM5 dan ke bawah. 

bazar ramadan rahmah

Selari dengan matlamat kerangka pelaksanaan MyDIGITAL dan Pelan  Pelaksanaan Dasar (PPD) bagi sektor peruncitan, KPDN bersama Touch n GO  meneruskan perluasan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail  Digitalisation Inisiative – ReDI) bagi meningkatkan pendedahan kepada peniaga  dan pengguna menggunakan kemudahan ewallet dalam berurusniaga secara  digital. Justeru, seramai lebih 141 gerai di BRR Taman Perpaduan, Tambun telah  mengaplikasikan pembayaran digital tanpa tunai (cashless) dan dijangka  seramai 8,000 pengunjung berpeluang menerima insentif melalui ReDi, iaitu  RM20 seorang melalui e-wallet TnG untuk berbelanja di BRR. Manakala, peniaga  yang menawarkan Menu RAHMAH di BRR juga akan diberikan insentif RM50  secara one-off.

Bersempena bulan Ramadan juga, KPDN telah melaksanakan OPS PANTAU  bermula 12 Mac 2024. OPS PANTAU 2024 telah dilaksanakan secara seragam  dan berfokus di seluruh negara dengan lokasi tumpuan seperti Bazar Ramadan,  Bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya kedai  runcit dan aktivtiti penjualan secara dalam talian. 

bazar ramadan rahmah

Sehingga kini, Penguatkuasa KPDN Perak telah menjalankan pemeriksaan ke  atas 2,154 premis sejak 12 Mac 2024 sehingga 23 Mac 2024 di bawah OPS  PANTAU 2024. Tiada aduan diterima oleh KPDN Perak berkaitan isu harga di  Bazar Ramadan, walaubagaimanapun sebanyak 14 tindakan kes telah diambil  sepanjang OPS PANTAU 2024 dilaksanakan yang kebanyakkannya adalah kes  di bawah Akta Kawalan Harga & Anti-Pencatutan 2011. 

Turut berlangsung Majlis Pelancaran MySaveFood Peringkat Negeri Perak yang  disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri di lokasi Bazar Ramadan RAHMAH  ini. Projek Malaysia Save Food Ramadan 2024 atau juga dikenali sebagai  MySaveFood adalah untuk membudayakan satu sistem pengurusan lebihan  makanan yang efektif di bazar Ramadan yang mudah direplikasi dalam usaha  mengurangkan pembaziran makanan sepanjang bulan yang mulia ini. Inisiatif ini  turut menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu  mengurangkan separuh daripada jumlah pembaziran makanan menjelang 2030  dan mewujudkan Zero Hunger

Program ini merupakan kerjasama strategik KPDN Perak bersama Pertubuhan  Pemuda GEMA Negeri Perak dan dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang  melibatkan seramai 45 orang sukarelawan meliputi 5 buah Institut Pengajian  Tinggi (IPT) Awam dan Swasta antaranya Cosmopoint College Ipoh, UniKL  RCMP, Universiti Sultan Azlan Shah, Institusi Pendidikan Guru Ipoh dan Quest  International University. Penglibatan golongan muda khususnya dikalangan para  pelajar dalam menjayakan Projek MySaveFood ini mencerminkan tahap  kesedaran yang tinggi usaha mengelakkan pembaziran makanan khususnya di  Negeri Perak. 

bazar ramadan rahmah

Sebagai rekod pencapaian pelaksanaan Projek MySaveFood pada 14 hingga 24 Mac 2024, sejumlah 389.66 kilogram makanan dan 754.25 kilogram minuman  berjaya dikumpulkan dari Bazar Taman Cempaka, Bazar Stadium Indra Mulia, dan Bazar Taman Perpaduan . Makanan dan minuman yang tidak terjual oleh  peniaga bazar Ramadan akan dikumpulkan oleh sukarelawan dan akan  diagihkan kepada pelajar IPT, golongan gelandangan dan golongan yang  memerlukan. 

KPDN Perak merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang  terlibat di atas komitmen yang berterusan sepanjang menjayakan inisiatif-inisiatif  di bawah kos sara hidup bagi membantu setiap golongan yang memerlukan  dalam meringankan kos sara hidup. 

The post Sesi Walkabout YAB Perdana Menteri Ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*