Setiap Tahun Berbeza-beza, Ini Tiga Teori Popular Asal Usul 12 Haiwan Zodiak Kalendar Cina

Dari Mana Datangnya 12 Haiwan Dalam Zodiak Cina?

Salah satu aspek penting dalam budaya masyarakat Cina adalah kewujudan kalendar zodiaknya yang menampilkan kitaran astrologi selama 12 tahun dan setiap satu tahun akan diwakili oleh haiwan tertentu.

Kitaran ini boleh dilihat ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila setiap tahun, haiwan zodiaknya adalah berbeza-beza. Misalnya, haiwan zodiak Tahun Baru Cina kali ini adalah arnab. Kemudian, selepas tamat setahun tahun arnab, ia akan dibawa ke depan dan gilirannya hanya tiba sekali lagi selepas 12 tahun.

Kredit: Pixabay

Gambaran keseluruhan mengenai zodiak Cina

Zodiak Cina dipercayai merupakan satu sistem kepercayaan purba yang dianggap sebagai alat untuk menilik takdir seseorang. Mengikut tradisi kalendar lunasolar, zodiak Cina mempunyai kitaran 12 tahun dimana setiap tahun baharu akan diwakili oleh salah satu haiwan zodiak yang dipanggil sebagai shēngxiào (生肖).

Kredit: CNI

Asal usul zodiak Cina

Para pengkaji percaya bahawa Zodiak Cina berasal pada zaman Warring States Period iaitu diantara 475 SM sehingga 221 SM. Zaman tersebut juga dikenali sebagai Zhànguó Shídài (战国时代).

Walau bagaimanapun, populariti kalendar zodiak hanya mula berkembang sewaktu pemerintahan Dinasti Han yang berdiri pada tempoh 202 SM sehingga 202 M.

Terdapat beberapa teori dan kisah popular yang menerangkan bagaimana kalendar zodiak Cina ini dibentuk. Akibatnya, wujud sedikit kekeliruan mana satu teori atau kisah yang boleh dianggap sebagai paling tepat.

Salah satu teori popular menyebut bahawa zodiak Cina ini mula muncul seiring dengan kewujudan Laluan Sutera. Penyokong teori ini mencadangkan bahawa haiwan-haiwan dalam zodiak tersebut diperkenalkan kepada masyarakat Cina oleh penganut-penganut Buddha dari India.

Kredit: Pixabay

Manakala teori kedua, yang menjadi teori paling popular, mencadangkan bahawa haiwan-haiwan zodiak ini mempunyai kaitan dengan pemerintah lagenda iaitu Maharaja Jade.

Maharaja tersebut dikatakan telah menjemput haiwan-haiwan dari seluruh dunia untuk menghadiri satu bankuet, namun hanya 12 haiwan sahaja yang muncul ke majlis tersebut.

Kredit: CNI

Sebagai tanda penghargaan di atas kehadiran haiwan-haiwan tersebut, Maharaja Jade kemudian mendedikasikan 12 haiwan ini sebagai simbol bagi setiap tahun dalam 12 tahun kalendar Cina.

Terdapat satu lagi teori yang hampir sama, namun kali ini melibatkan Buddha sendiri. Teori ini mencadangkan bahawa pada satu ketika, Buddha ingin mencari 12 haiwan suci untuk bertugas sebagai pelindung kepada singgahsananya.

Bagi memilih haiwan manakah yang paling layak, Buddha kemudian menganjurkan satu perlumbaan melibatkan haiwan-haiwan yang ada di Bumi.

12 haiwan terawal yang tiba di garisan penamat dipilih sebagai pemenang dan ditugaskan sebagai pengawal istananya. Haiwan-haiwan yang memenangi perlumbaan itu kini digambarkan dalam kalendar zodiak Cina iaitu:

  1. Tikus (2020)
  2. Lembu (2021)
  3. Harimau (2022)
  4. Arnab (2023)
  5. Naga (2024)
  6. Ular (2025)
  7. Kuda (2026)
  8. Kambing (2027)
  9. Monyet (2028)
  10. Ayam (2029)
  11. Anjing (2030)
  12. Khinzir (2031)

Sumber: CLI

The post Setiap Tahun Berbeza-beza, Ini Tiga Teori Popular Asal Usul 12 Haiwan Zodiak Kalendar Cina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*