Gempa Bumi Indonesia: Tujuh Rumah Penduduk Tempatan Musnah

gempa bumi di Indonesia

Sekurang-kurangnya tujuh rumah musnah di Kampung Romnus, wilayah Wallabobar, Maluku akibat dilanda gempa bumi berkekuatan 7.5 magnitud awal pagi tadi.

Menurut CNN, empat daripadanya mengalami kerosakan yang kecil manakala tiga lagi dilaporkan rosak teruk.

Dalam masa yang sama, Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) turut merekodkan kerosakan rumah dan bangunan di Kampung Watwey, daerah Dawelor Dawera, Maluku Barat Daya.

Plt. Kapusdatinkom BNPB, Abdul Muhari berkata, “BNPB menerima laporan tentang kerosakan rumah dna bangunan komuniti akibat gempa bumi M7.6 (BMKG merekodkan gempa bumi pada M 7.5) di Maluku Barat Daya,”

Berdasarkan maklumat Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), pusat gempa bumi itu terletak pada koordinat 7.37° Lintang Selatan (LS); 130.23° Bujur Timur (BT)

Malah, lebih tepat lagi gegaran itu terletak di laut pada jarak 136km barat laut, Maluku Barat pada kedalaman 130km.

gempa bumi di Indonesia
Kredit: CNN Indonesia

Dalam pada itu, BMKG merumuskan gempa bumi tersebut berlaku disebabkan aktiviti pergerakan kerak di Laut Banda.

Berdasarkan hiposenter, gempa bumi yang berlaku di Malubu diklasifikasikan sebagai kategori sederhana dengan mekanisme gempa bumi dalam bentuk pergerakan ke atas (thrust fault).

Bukan itu sahaja, BMKG turut menamatkan amaran tsunami secara rasminya berdasarkan pemerhatian yang dilakukan di kawasan yang dilanda gempa bumi.

Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati berkata, “Selepas dua jam mengeluarkan amaran awal tsunami, BMKG memutuskan untuk menamatkannya.

“Bagaimanapun, kita tegaskan bahawa amaran ini bukan dimansuhkan, ia sekadar menamatkannya. Kita turut menggesa orang ramai supaya terus berwaspada dan meneruskan aktiviti seperti biasa,”maklumnya.

Sumber: CNN Indonesia

 

 

The post Gempa Bumi Indonesia: Tujuh Rumah Penduduk Tempatan Musnah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*