USM Terbaik Asia, Ke-4 Dunia Dalam Ranking Times Higher Education Impact 2023

USM Rangkul No. 4 Dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023

USM Terbaik Asia, Ke-4 Dunia Dalam Ranking Times Higher Education Impact 2023

Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya merangkul antara tempat teratas dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023 untuk edisi terkini.

Dalam satu perkongsian di fb USM, universiti tersebut diletakan di tangga keempat di peringkat global secara keseluruhan dalam ranking berkenaan.

USM juga berjaya merekod pencapaian kedudukan teratas pada sembilan daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dipelopori Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam senarai tersebut, universiti tersebut menduduki tangga pertama bagi SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh) dengan meraih skor sebanyak 94.1.

Untuk makluman, skor ini bersandarkan penghasilan kajian terhadap keamanan, keadilan dan penyertaan ahlinya sebagai penasihat dalam kerajaan dan polisi terhadap kebebasan dalam dunia akademik.

Selain itu, USM turut mengungguli antara tangga teratas bagi beberapa segmen SDG yang lain.

Antaranya, tempat keenam bagi SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat), ketujuh untuk SDG 2 (Kelaparan Sifar) dan kelapan bagi SDG 1 (Tiada Kemiskinan).

Pencapaian tersebut nyata menghadirkan rasa bangga buat warga universiti berkenaan. Pelbagai komen yang memuji pencapaian tersebut turut dapat dilihat di hantaran fb berkenaan.

Kejayaan ini turut disifatkan satu perkembangan besar dan pengiktirafan yang tinggi dalam bidang akademik di tanah air.

The Higher Education (THE) komited dalam menjadikan institusi pengajian tinggi di dunia kekal kompetetif dan produktif

Edisi kelima bagi senarai tersebut telah dikeluarkan oleh THE pada Khamis, 1 Jun semalam.

Tujuan senarai ini diadakan adalah untuk menilai institusi pendidikan global di seluruh dunia terhadap komitmen dan usaha dalam menangani cabaran-cabaran yang dihadapi dunia seperti yang disenaraikan dalam 17 SDG.

Dalam penilaian ini, terdapat empat bidang yang akan bagi menentukan tahap komitmen sesebuah universiti. Antaranya, penghasilan kajian, pengurusan, jaringan, dan pengajaran.

Secara keseluruhan, Western Sydney University telah mengungguli carta dengan menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut.

Selain Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023, THE turut menerbitkan THE World University Rankings yang diiktiraf umum.

BACA: YB Edry Masuk Hutan, Berang Jumpa Perbuatan Mungkar Manusia

Sumber: The Higher Education 

The post USM Terbaik Asia, Ke-4 Dunia Dalam Ranking Times Higher Education Impact 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*