Shahrol Shiro Hantar Anak Salah Sekolah, Terkejut Terima “Call” Dari Guru

shahrol shiro hantar anak

Shahrol Shiro Hantar Anak Salah Sekolah, Terkejut Terima “Call” Dari Guru

Pada minggu ini kita dapat menyaksikan musim kembali ke sekolah telah pun bermula dan dapat dilihat para ibu bapa berkongsi persiapan anak-anak mereka di media sosial.

Pelbagai ragam anak-anak khususnya yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam persekolahan mencuit hati masyarakat.

Sesetengah mereka ada juga menangis, ada yang datang membawa mainan dan ada juga yang bersemangat untuk hadir ke sekolah bertemu guru dan rakan-rakan baharu.

Ragam mereka semua ini sempat dikongsikan oleh para guru dan ibu bapa yang teruja melihat anak-anak mereka berpakaian seragam sekolah.

Antara yang berkongsikan momen tersebut adalah pelawak dan pelakon, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali Shahrol Shiro.

Dalam perkongsiannya di Facebook, Shahrol berkongsi pengalaman menghantar anaknya, Rizqi atau Iqi ke sekolah pada hari kedua.

Tanpa disedari olehnya, berlaku satu momen lucu yang tidak disangka-sangka hingga mencuri perhatian netizen di media sosial.

Dalam klip berdurasi 1 minit 10 saat itu, dia menjelaskan bahawa dirinya telah menerima panggilan daripada guru di sekolah (SK Kampung Melayu) selepas beberapa jam menghantar Iqi ke sekolah.

Gambar: Shahrol Azizie Azmi

 “Awak salah hantar anak awak ke sekolah. Ini bukan sekolah anak awak”

Berikutan itu dia terus kembali semula ke sekolah berkenaan dan bertemu guru-guru serta anaknya di pejabat.

Shahrol menceritakan bagaimana dia boleh membuat kesalahan tersebut kepada para guru di sekolah itu.

“Yang uruskan dua hari tu mak dia, ini hari yang ke-2, saya nak hantar. Dalam otak saya, orang rumah saya selalu cakap. Kita hantar dia ke Sekolah Kampung Melayu.

BACA: Wanita Kongsi Beli Barang Dapur Tak Lebih AUD50 Di Australia Raih Perhatian Warga Maya

“Dalam otak saya ni dia Sekolah Kampung Melayu. Kata orang rumah tadi, ‘hantar anak dekat mana?’

“Saya kata Sekolah Kampung Melayu.

“Dia Sekolah Tunku Mahmood!” kongsinya sewaktu tiba di pejabat sekolah.

“Pengalaman ni payah orang nak dapat” 

Shahrol kemudiannya meminta maaf terhadap anaknya atas kesilapan itu sambil salah seorang guru menyatakan pengalaman tersebut hanya berlaku pada orang tertentu sahaja.

“Ayah minta maaf salah ayah,” katanya sambil berseloroh kepada Iqi.

Guru-guru SK Kampung Melayu juga tidak melepaskan peluang untuk merakam momen lucu tersebut dengan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Gambar: Shahrol Azizie Azmi

Menceritakan kembali detik tersebut di Facebook, Shahrol berkata semasa menerima panggilan daripada pihak guru dia risau sesuatu telah berlaku kepada anaknya.

Bagaimanapun, panggilan itu dibuat untuk memaklumkan dia telah menghantar anaknya ke sekolah yang salah.

“Iqi dah siap masuk kelas belajar tapi dia pelik bila tengok padang tak sama macam sekolah dia pergi sebelum puasa tu.

“Terus dia jumpa cikgu beritahu “cikgu, rasanya saya salah sekolah ni“. Cikgu tengok tanda nama dia “Eh, betullah, kamu bukan sekolah sini“. Terus dia hantar ke pejabat,” memetik kapsyen yang dimuat naik di Facebook semalam.

Sumber: Facebook Shahrol Azizie Azmi

The post Shahrol Shiro Hantar Anak Salah Sekolah, Terkejut Terima “Call” Dari Guru appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*