Iran Pasang Kamera Di Tempat Awam, Kenal Pasti Wanita Tidak Bertudung

iran wanita tidak bertudung

Polis mengesahkan pihak berkuasa Iran telah mula memasang kamera di tempat awam untuk mengenal pasti wanita yang tidak bertudung, lapor BBC.

Tindakan tersebut diambil kerana mahu mencegah penentangan masyarakat muslim mengenai penutupan aurat terhadap undang-undang pemakaian tudung.

Sekiranya wanita yang menganuti agama Islam dilihat tidak memakai tudung, mereka akan menerima tindakan seperti amaran melalui pesanan mesej, menurut polis.

Kredit: AFP

Menerusi kenyataan polis yang diterbitkan oleh Agensi Berita Republik Islam, sistem kamera pintar tersebut bertujuan mengenal pasti dan menghantar amaran kepada pelanggar undang-undang hijab.

Sejak Revolusi Islam Iran 1979, wanita diwajibkan secara sah untuk menutup rambut mereka dengan memakai tudung.

Wanita yang melanggar undang-undang akan menghadapi akibatnya seperti denda atau ditangkap pihak berkuasa.

Polis turut menyifatkan tudung sebagai salah satu asas tamadun negara Iran dan menggesa pemilik perniagaan untuk menegakkan peraturan melalui pemeriksaan.

BACA: Menteri Iran Gesa Kerajaan Beri Toleransi Kepada Wanita Tidak Bertudung

Permulaan protes tidak memakai tudung

Difahamkan, penduduk di Iran bertindak untuk melakukan protes ke atas kematian dalam tahanan polis, Mahsa Amini, seorang wanita muda Kurdish yang ditahan kerana didakwa melanggar peraturan pemakaian hijab.

Sejak kematian Amini, ramai wanita Islam yang telah menanggalkan tudung mereka, terutamanya di bandar-bandar besar walaupun berisiko ditangkap.

Beribu-ribu penunjuk perasaan di Iran telah ditangkap dan empat daripadanya telah dihukum bunuh sejak Disember.

Namun, penyokong undang-undang terus mendesak supaya pihak berkuasa melakukan lebih banyak peraturan berkenaan dengan hijab.

Minggu lalu, video seorang lelaki membaling yogurt kepada dua wanita yang tidak bertudung disebarkan secara meluas dalam talian.

Wanita itu kemudiannya ditangkap di bawah undang-undang pelanggaran tudung dan lelaki itu turut ditahan.

Sabtu lalu, Presiden Iran Ebrahim Raisi mengulangi bahawa wanita Iran mesti memakai tudung sebagai keperluan agama.

Ketua badan kehakiman Iran Gholamhossein Mohseni-Ejei, bagaimanapun, memberi amaran pada hari Jumaat bahawa tindakan keras akan dilakukan mungkin bukan cara terbaik untuk menggalakkan wanita mematuhi peraturan.

“Masalah budaya mesti diselesaikan dengan cara budaya… Kalau kita nak selesaikan masalah sebegini dengan menangkap dan memenjarakan, kos akan meningkat dan kita tidak akan nampak keberkesanan yang diingini,” katanya.

Sumber: BBC

The post Iran Pasang Kamera Di Tempat Awam, Kenal Pasti Wanita Tidak Bertudung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*