Wanita Thailand Kahwini Bilionair Dubai Dedah Terima Nafkah RM2.1 Juta Sebulan

wanita thailand kahwini bilionair dubai

Wanita Thailand Kahwini Bilionair Dubai Dedah Terima Nafkah RM2.1 Juta Sebulan

Seorang wanita Thailand yang merupakan isteri kelima kepada bilionair Dubai dilaporkan menerima wang nafkah sebanyak RM2.1 juta sebulan, lapor Detik.com.

Wanita bernama Muna Al Sarunee itu dipercayai telah dinikahi lelaki kaya dari Dubai yang bernama Ahmed Nu Al Sarunee.

Muna kini hidup bahagia bersama suaminya disamping semua keperluan hidupnya termasuk perkhidmatan pasukan khas yang menjaganya semasa keluar rumah.

Muna yang dibesarkan dalam keluarga berlatar belakang guru, sebelum ini difahamkan pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Namun rumah tangga yang dibinanya itu gagal berkekalan akibat tidak sependapat dan sering bertikam lidah.

Selepas berpisah, Muna kemudiannya mengambil keputusan untuk bekerja bagi menyibukkan dirinya. Pada waktu inilah Muna telah bertemu dengan Ahmed, tepatnya lagi pada tahun 2010.

Pada awalnya, Muna tidak pernah terfikir untuk menjadi isteri kepada Ahmed. Lebih-lebih lagi selepas dia mendapat tahu bahawa Ahmed merupakan orang yang sangat kaya.

Peribadi Muna sebagai seorang wanita yang kuat dan berdikari telah menarik minat Ahmed untuk menyunting Muna. Hingga akhirnya Muna juga telah terbuka hati untuk menerima Ahmed.

Ahmed kemudian memutuskan untuk meminang Muna setelah menjalinkan hubungan selama empat tahun.

Muna akhirnya berkahwin dengan Ahmed ketika berusia hampir 60 tahun dan menjadi isteri kelima buat Ahmed.

Pada awal perkahwinan pasangan itu, Muna dipercayai masih menetap di Thailand kerana cuba menyesuaikan dirinya terlebih dahulu.

Kredit eva.vn

Dalam pada itu, usai perkahwinan pasangan tersebut, Muna tidak dibenarkan untuk bekerja kerana ia merupakan tradisi bagi jutawan Dubai tersebut.

Namun Muna akhirnya berpindah ke Dubai dan mengikuti segala peraturan bagi keluarga suaminya itu. Peraturan itu termasuk mewajibkan Muna untuk sentiasa cantik dan memakai perhiasan seperti berlian.

“Dalam keluarga Ahmed terdapat banyak peraturan ketat yang mesti dipatuhi. Dalam peraturan tidak bertulis ini menetapkan untuk setiap kali turun bersarapan pagi atau aktiviti sosial, semua ahli keluarga mesti memakai berlian, barang kemas.

“Mereka juga perlu memakai alat solek yang cantik dan memakai pakaian mewah. Mereka juga tidak boleh memakai baju tidur atau pakaian biasa,” jelas Muna.

Selain itu, perkara lain yang menarik bagi keluarga itu ialah pemberian wang bulanan sebanyak RM2.1 juta sebagai wang nafkah kepada Muna.

Menurut Muna, beliau juga turut dibantu oleh 16 orang pembantu rumah untuk menjalani aktiviti hariannya. Beliau juga akan diiringi oleh 20 orang pengawal setiap kali mahu pergi keluar.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

“Pekerjaan harian saya ialah berpakaian kemas, membeli belah, spa dan menghadiri majlis orang kaya bersama suami. Saya sangat berpuas hati dengan kehidupan saya sekarang.

“Setiap hari saya tidak perlu berbuat apa-apa melainkan berpakaian kemas untuk tatapan suami,” jelas Muna lagi.

Walau bagaimanapun, Muna juga telah menetapkan peraturan dalam perkahwinan tersebut. Di mana suaminya perlu menceraikannya terlebih dahulu jika ingin berkahwin dengan wanita lain.

Sumber: Detik.com

The post Wanita Thailand Kahwini Bilionair Dubai Dedah Terima Nafkah RM2.1 Juta Sebulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*