Shila Amzah Hitung Hari Bergelar Pengantin Sehari

shila amzah pengantin sehari

Shila Amzah Hitung Hari Bergelar Pengantin Sehari

Selepas beberapa bulan mengikat tali pertunangan, penyanyi wanita terkemuka, Shila Amzah menghitung hari bergelar pengantin sehari.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah memuat naik senarai semak majlis pernikahan bersama tunangnya, Ubai.

Salinan kertas yang dikongsikan itu menunjukkan beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum majlis itu berlangsung.

Dia turut menyatakan perasaan gembira dalam mengendalikan perkara berkaitan pernikahan, yang memerlukan persiapan beberapa bulan sebelum majlis.

Kredit: @shilaamzah/Instagram

“Bismillah, hari-hari yang gembira selepas ini,” tulisnya di InstaStory (IGs) pada Selasa.

Shila turut memaparkan emoji jam di bahagian bawah di IGs bersama senarai semak itu.

Shila yang berusia 35 tahun itu telah menandakan beberapa perkara di senarai semak tersebut antaranya tempat majlis, dulang hantaran dan media.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang masih belum ditandakan seperti pakaian keluarga, makanan dan lain-lain.

Pun begitu, beberapa urusan penting telah diselesaikan dan hanya tinggal perkara tambahan yang masih memerlukan kata putus.

Ikat tali pertunangan

Kredit: @shilaamzah/Instagram

Imbas kembali pada Mei lalu, Shila dan Ubai disahkan bertunang selepas pasangan sensasi media sosial itu mengenakan pakaian sedondon rona ungu sambil duduk di atas pelamin.

Dalam foto tersebut, kedua-duanya kelihatan tersipu-sipu malu dan Shila menutupnya wajah dengan sejambak bunga.

“Alhamdulillah (emoji cincin),” tulis kapsyen pada foto tersebut.

Berita baik tersebut telah meraih perhatian daripada rakan-rakan selebriti serta pengguna media sosial di Malaysia.

Ruangan komen pada hantaran tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada para warga maya.

BACA: “Bunyi Tak Elok”, Shila Amzah Tak Suka Gabungan Nama Dengan Tunang

‘Minat sejak tingkata satu’

Pada Februari lalu, pasangan selebriti itu mengumumkan berita mengenai hubungan mereka dalam satu sesi siaran langsung di laman TikTok.

Difahamkan, Ubai telah menyimpan perasaan terhadap Shila sejak tingkatan satu pada 2011 dan mula mengikuti penyanyi tersebut di Twitter.

Walaupun terdapat perbezaan jarak umur, Shila menjelaskan faktor usia adalah tidak penting kerana dirinya pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih berusia.

Sumber: @shilaamzah/Instagram

The post Shila Amzah Hitung Hari Bergelar Pengantin Sehari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*