Sibuk Tulis Skrip, Syamsul Yusof Dedah Bakal Hadir Dengan Filem Seram Baharu

syamsul filem seram

Sibuk Tulis Skrip, Syamsul Yusof Dedah Bakal Hadir Dengan Filem Seram Baharu

Pengarah filem Syamsul Yusof terus mengorak langkah dalam menghasilkan karya seni dengan ‘buah tangan’ terbarunya, lapor Astro Gempak.

Syamsul dalam satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya memberitahu bahawa dia kini dalam proses pembikinan filem seram terbaharu bersama Astro Shaw.

Jelasnya dalam perkongsian tersebut, filem ini bakal menjadi karya keempatnya bagi filem seram selepas Khurafat, Munafik 1, dan Munafik 2.

Pun begitu, Syamsul tidak mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai filem berkenaan.

“Menulis..skrip filem terbaharu untuk Astro Shaw. Filem seram saya yang seterusnya selepas Khurafat, Munafik 1 & Munafik 2. Bismillah,” tulisnya.

Gambar: Instagram syamsulyusoffilm

Untuk makluman, filem Munafik 1 (2016) berjaya mengumpul kutipan bernilai RM17.04 juta manakala Munafik 2 (2018) hampir mencecah RM37.78 juta.

Sebelum ini, salah satu karyanya melakar sejarah iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan apabila meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM97 juta tahun lalu.

Terima ‘Lampu Hijau’ Kerajaan Negeri Melaka

Pada tahun lalu, Syamsul Yusof memaklumkan bahawa menerima pelawaan daripada Kerajaan Negeri Melaka dalam pembikinan sebuah filem epik sejarah silam Melaka.

Ia selepas filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mendapat sambutan yang hangat.

Menerusi laman Instagram rasmi, syamsulyusoffilm, beliau berkongsi foto-foto dirinya berkunjung ke istana negeri berkenaan.

BACA JUGA: Mat Kilau “Trending” Nombor Satu Di Netflix, Syamsul Yusof Luah Rasa Syukur

Malah apa yang menariknya berdasarkan hantaran itu, difahamkan idea penghasilan filem sejarah Melaka tersebut turut ‘diiktiraf’ oleh Yang Dipertua Negeri Melaka sendiri.

“Perpaduan antara Sultan, bendahara & pahlawan Melayu perlu lebih ditekankan dalam filem kamu selepas ini – Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam,” tulis Syamsul di Instagram.

Tambah pengarah filem itu, dia mengucapkan rasa syukur dengan sokongan daripada pelbagai pihak bagi menjayakan filem yang bakal direncanakannya kelak.

“Terima kasih juga buat Tuan Zaidi Haji Hassan & Datuk Md Nasir. Tanpa kalian, impian negara & bangsa mungkin sukar diperoleh,” katanya lagi.

Sumber: Astro Gempak

The post Sibuk Tulis Skrip, Syamsul Yusof Dedah Bakal Hadir Dengan Filem Seram Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*