Sikat Misai Milik Freddie Mercury Berjaya Dilelong Dengan Harga Hampir RM1 Juta

Sikat Misai Milik Freddie Mercury

Sikat Misai Milik Freddie Mercury Berjaya Dilelong Dengan Harga Hampir RM1 Juta

Meskipun telah lama meninggal dunia, pengaruh vokalis legenda, Freddie Mercury tidak luntur apabila 1,406 barangan peribadi miliknya dijual pada tanda harga yang tidak masuk akal.

Memetik Barrons, salah satu barang peribadinya yang menjadi perhatian ramai adalah Sikat Misai Tiffany yang dijual pada harga RM878,000 (£152,000).

Difahamkan, sikat berwarna perak dengan panjang 2.75 inci itu di jual pada harga RM3,400 (£600) ketika pra jualan. Namun, harganya kian melonjak pada pertengahan Ogos lalu hingga mencecah hampir RM138,756 (£24,000).

Perkara itu dimaklumkan oleh pengelola barangan Freddie Mercury, Sotheby’s di laman web.

Gambar: Sotheby’s

“Barangan ini mengembalikan memori antara muzik, fesyen dan perhiasan,” katanya.

Pakar Sotheby, Gabriel Heaton berkata, dalam enam bidaan yang dibuat, setiap barangan dijual melebihi 98 peratus anggaran pra penjualan.

Tambahnya jualan atas talian sahaja berjaya meraih lebih RM40 juta (£7 juta) dan lebih daripada 41,800 bidaan telah dibuat sepanjang jualan.

BACA JUGA: Bertuah, Nelayan Temui Objek Dipercayai Muntah Ikan Paus Bernilai Hampir RM400k

Selain sikat, antara barangan lain yang dilelong adalah  jam tangan Seiko berwarna merah yang kalis karat, kasut, dan beberapa anugerah miliknya.

“Kami menghabiskan waktu sekitar beberapa minggu hingga bulan dalam pameran itu. Sudah tentu banyak kejutan yang tidak masuk akal akan dipamerkan oleh orang ramai pada kami.

“Kami sudah menjangkakan namun tidak mengetahui berapa banyak. Tetapi sepanjang bidaan tersebut, kami sangat kagum dengan cinta dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka,” katanya,

Sikat Misai Freddie Mercury
Gambar: AFP

Difahamkan, kebanyakan koleksi barangan bintang rock itu dijual kepada bekas tunangnya, Mary Austin dan rakan-rakan terdekatnya.

Untuk makluman, pelantun lagu Bohemian Rhapsody tersebut meninggal dunia pada November 1991 di usia 45 tahun.

Terdahulu, Piano Yamaha milik Freddie Mercury menjadi barangan paling mahal dijual pada harga RM9.8 juta (£1.7 juta) oleh pembeli dalam talian.

BACA JUGA: Dibeli RM 1,629 Je 50 Tahun Lepas, Lelaki Nak Pitam Dapat Tahu Harga Jam Rolexnya Kini Cecah RM 3.3 Juta

Sumber: Barrons

The post Sikat Misai Milik Freddie Mercury Berjaya Dilelong Dengan Harga Hampir RM1 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*