Simbah Anak Air Panas, Suri Rumah Dihukum Penjara Tiga Tahun

suri rumah simbah air

Simbah Anak Air Panas, Suri Rumah Dihukum Penjara Tiga Tahun

MELAKA, 31 Jan (Bernama) —  Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini kerana menyimbah anak lelakinya dengan air panas selepas berang mangsa menghabiskan data Internet telefon bimbit, dua tahun lepas.

Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan tersebut selepas wanita berusia 38 tahun itu mengaku bersalah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Sungai Udang di sini pada 2.56 pagi 27 Jun 2022 sehingga menyebabkan kecederaan parah ke atas anak lelakinya, yang ketika kejadian berumur 13 tahun, mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda atau sebatan.

BACA: Bukan “Rock”, Ini Maksud Isyarat Tangan Tunku Azizah

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman minimum atas alasan dia memiliki lima anak termasuk seorang penghidap austisme berusia enam tahun manakala dirinya adalah pesakit psikiatri.

Dia mendakwa mengalami tekanan teruk sejak insiden itu sehingga doktor terpaksa menaikkan dos pengambilan ubatnya daripada 50 miligram (mg) kepada 100 mg setiap hari.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 8 Julai 2023.

Sumber: BERNAMA

The post Simbah Anak Air Panas, Suri Rumah Dihukum Penjara Tiga Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*