Artifak Bersejarah Ditemui Di Masjid Saidina Uthman Bin Affan, Berusia 1,200 Tahun

Arab Saudi Umum Penemuan Bersejarah Di Masjid Saidina Uthman Bin Affan Berusia 1,200 Tahun

Arab Saudi berjaya membuat penemuan bersejarah di tapak ekskavasi di Masjid Saidina Uthman Bin Affan, lapor Saudi Gazzete.

Menurut kenyataan daripada Program Daerah Bersejarah Jeddah, penemuan berkenaan merupakan sebahagian daripada fasa pertama projek arkelogi yang dijalankan di bandar berkenaan.

Dalam kenyataan itu lagi, ekskavasi yang dijalankan berjaya merungkai maklumat signifikan berkenaan masjid berkenaan, termasuk pelbagai serpihan artifak, yang sebahagiannya berusia lebih 1,200 tahun.

Masjid berkenaan juga dipercayai menjalani proses ubah suai dan naik taraf berkali-kali dalam sejarah panjangnya.

Sebahagian struktur masjid berkenaan yang lebih moden dipercayai dibina pada kurun ke-14 Hijrah (penghujung kurun ke-20 Masihi).

Manakala struktur-struktur yang lebih berusia dibina selari dengan gaya tradisional masjid-masjid di daerah berkenaan pada zaman tersebut, seperti halaman terbuka yang berhubung dengan ruang solat berbumbung.

Saiz masjid, orientasi dan gaya mihrab kekal tidal berubah dalam tempoh lebih 1,000 tahun.

Menurut arkeologi, perubahan terawal pada masjid berkenaan dikesan melibatkan kawasan lantai dan ketinggian masjid tersebut.

Pada awalnya, kawasan jubin dan palster tanah liat hingga tiang digunakan untuk tempoh sehingga 400 tahun.

Aras lantai kemudian ditinggikan secara berkala dalam beberapa renovasi yang dijalankan, termasuk tiang-tiang yang digunakan semula sehingga awal kurun ke-20 Masihi.

Disamping itu, perubahan ketara yang signifikan pada masjid berkenaan melibatkan pembinaan sistem tangki di bawah bangunan masjid berkenaan.

Ahli arkeologi turut menemui tangki yang berisi dengan air bersih, dipercayai tidak disentuh untuk tempoh lebih 800 tahun.

Menurut Program Daerah Bersejarah Jeddah, pembinaan sistem tangki air bawah tanah adalah perkara biasa pada zaman berkenaan.

Hal ini kerana, Jeddah pada zaman berkenaan adalah sebuah daerah yang selalu mengalami masalah bekalan air.

Selain itu, pelbagai penemuan artifak dari tamadun lain turut menghiasi sejarah panjang masjid berkenaan yang berusia 1,200 tahun itu.

Antaranya serpihan pinggan mangkuk porcelin Cina daripada kurun ke-11 Hijrah (kurun ke-17 Masihi) dan juga Celadon Cina daripada kurun ke-4-6 Hijrah (kurun ke-11-13 Masihi).

Salah satu penemuan artifak terawal di masjid berkenaan adalah serpihan tembikar dipercayai daripada kurun ke-3-4 Hijrah ( kurun ke-9-10 Masihi).

Sumber: Saudi Gazzete

The post Artifak Bersejarah Ditemui Di Masjid Saidina Uthman Bin Affan, Berusia 1,200 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*