Digosip Bercinta Dengan Anak Tokoh Politik, Ruhainies Tampil Beri Respon – ‘Saya Tak Nak Orang Luar Takut & Tak Selesa..’

Pelakon Ruhainies tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya sedang bercinta dengan anak seorang tokoh politik

Tampil menafikan dakwaan

Pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mengatakan tujuan dia menjernihkan kekeliruan itu adalah kerana ingin menjaga nama baik serta hubungannya dengan rakan-rakan.

Saya enggan orang luar takut dan tak selesa untuk berkawan dengan saya. Jadi, saya terpaksa tampil untuk pertahankan supaya isu yang berlaku tidak berpanjangan. Saya bekerja dalam bidang hiburan yang terdedah dengan pelbagai cadang seni.

Jadi, saya ada ramai kenalan dalam kalangan pelakon, penyanyi mahu pun usahawan. Saya tidak mahu orang anggap saya nak bercinta dengan semua orang sedangkan tiada apa yang berlaku antara individu yang baru saya kenali.

Mahu atau tidak saya kena tampil bersuara. Mungkin orang yang reka cerita ini ada niat tak baik, kita pun tak tahu. Namun, apa yang boleh saya buat adalah tampil pertahankan segala dakwaan yang terpalit dengan diri saya.

Tak tahu siapa individu yang dimaksudkan

Difahamkan, khabar angin yang mengatakan pelakon berusia 30 tahun itu sedang hangat bercinta selepas dia kelihatan aktif dalam berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada November tahun lalu.

Ujarnya lagi, dia tidak tahu siapa individu yang dimaksudkan kerana berkawan dengan ramai orang. Walau bagaimanapun, Ruhainies tidak marah atau melenting apabila namanya ‘dipetik’ bercinta dengan anak tokoh politik.

Mungkin mereka nampak saya pergi berkempen tempoh hari menyebabkan timbul spekulasi ini.

Kehadiran saya sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu adalah atas jemputan. Saya jalankan tugas dan bukan disebabkan bercinta dengan mana-mana pihak.

Sebelum ini, Ruhainies mengakui dia tidak lagi menjaja kisah cintanya bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr E di media sosial kerana ingin lebih berhati-hati ketika berkongsi perkara mengenai dirinya kepada umum.

Sumber : Harian Metro

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*