“Simple” Dan Cepat, Khairul Aming Kongsi Cara Buat Kuetiau Ladna Gaya Bujang

kuetiau ladna khairul aming

“Simple” Dan Cepat, Khairul Aming Kongsi Cara Buat Kuetiau Ladna Gaya Bujang

Selalunya apabila bercakap mengenai makanan seperti kuetiau, orang ramai pasti akan lebih memilih kuetiau goreng kerana sudah terbiasa dengan hidangan tersebut.

Tetapi selain daripada kuetiau goreng, terdapat satu hidangan yang rasanya juga sedap dan berkuah, yang dipanggil kuetiau ladna.

Kalau waktu malam teringin untuk makan makanan berkuah, boleh pilih hidangan kuetiau ladna ini kerana cara penyediaannya juga senang, tidak rumit untuk dilakukan.

Pempengaruh Khairul Aming, yang terkenal dengan slogan ‘Hey wassup guys’ telah menyediakan satu resipi mudah bagi mereka yang mahu membuat kuetiau ladna.

Resipi yang disediakan oleh Khairul Aming atau KA ini sangat senang untuk diikuti, kerana cara penyediaannya agak mudah disebabkan ia telah diubah suai untuk orang bujang.

Pun begitu, bukan orang bujang sahaja boleh gunakan resipi ini namun ia terbuka kepada mereka yang ingin mencubanya di rumah.

Mari ikuti resipi KA untuk dapatkan kuetiau ladna yang sedap.

Resipi Kuetiau Ladna

Kredit: Khairul Aming/Instagram

Bahan-bahan yang diperlukan:

Satu paket kuetiau

Dua sudu kicap manis

Tiga ulas bawang putih

1.5 cawan air

1/2 batang lobak merah

Satu kiub pati ayam

Satu sudu sos tiram

Lapan ekor udang

Satu ekor sotong

Gula

Satu biji lada merah

1/2 biji tomato

Daun sawi

Air tepung jagung

Cara-caranya:

Goreng satu paket kuetiau dan letakkan kicap manis. Gaulkan sehingga ia sebati dan letak tepi.

Tumis tiga ulas bawang putih kemudian masukkan satu setengah cawan air.

Kredit: Khairul Aming/Instagram

Selepas itu, tambahkan lobak merah atau brokoli, mengikut selera masing-masing.

Masukkan satu kiub pati ayam dan satu sudu sos tiram.

Letakkan udang dan sotong dan gula sedikit serta cili bagi pedas sedikit, tomato dengan sayur sawi.

Kredit: Khairul Aming/Instagram

Seterusnya, masukkan air tepung jagung bagi kuah pekat sedikit.

Selepas dah siap, letakkan kuah tersebut di dalam mangkuk yang mempunyai kuetiau dan tambahkan white paper dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Khairul Aming/Instagram

BACA: Bukan Letak Dalam Maggi Je, Ini Resipi Nasi Goreng Ketam

The post “Simple” Dan Cepat, Khairul Aming Kongsi Cara Buat Kuetiau Ladna Gaya Bujang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*