Tips Sental Lantai Sampai Berkilat, Hanya “Polish” & Guna Bahan Ni

trik lantai berkilat

Raya Bakal Sempurna, Jika Anda Amalkan Trik Lantai Berkilat Seperti Ini

Memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri sudahpun hampir tiba, majoriti rakyat Malaysia sudah mula membuat persiapan untuk menyambut hari istimewa tersebut.

Pelbagai persiapan akan dilakukan supaya ‘mood’ pagi raya pada 1 Syawal tak terganggu, kan? Antaranya, menyediakan juadah untuk tetamu, menyusun kuih raya dalam balang, menukar perabot dan perhiasan rumah dan sebagainya.

Perkara ini termasuklah mengemas rumah secara besar-besaran. Beberapa ruang yang dahulunya jarang ‘dikunjungi’ penyapu mahupun vakum, pasti akan diterjah kali ini.

Namun ada kalanya, kita tidak berapa kisah sangat dengan lantai kan? Cukup sekadar dimop dengan pewangi lantai dan dibilas dengan air, kira memadailah.

Tetapi, adakalanya kita rasa kurang berpuas hati jika segalanya sudah tip top namun… lantai masih kelihatan kusam seperti dahulu.

Jangan lupa, lantai merupakan ‘subjek’ penting dalam hiasan dalam rumah. Kalau lantai berkilat, sudah mesti otak kita akan merasa kawasan sekeliling bersih tanpa sebarang habuk.

Kalau lantai tidak berkilat, ia memberikan tanggapan bahawa kita ‘kurang rajin’ dalam mengemas rumah dan mungkin mengundang kata-kata kurang manis daripada para tetamu.

“Jarang ada dekat rumah ke? Hari tu aku pergi rumah A, berkilat lantai dia. Mungkin sebab A ni selalu ada dekat rumah,”

” Tak nak try pencuci lain ke? Lantai marble ni lawa tapi cuma tulah…”

Kadang-kadang, hendak suruh tetamu duduk atas lantai pun rasa segan tetapi bilangan kerusi di rumah pula tidak mengizinkan.

Trik lantai berkilat, adakah mop sudah memadai?

Mungkin ramai yang tidak tahu, lantai marble bukan hanya sekadar dimop. Sebenarnya lantai jenis ini memerlukan anda mengilapnya secara berkala.

Maka, usahlah kita pergi ‘mencurahkan tenaga’ yang berlebihan untuk usaha menyental lantai marble ini, dengan harapan lantai dapat berkilat seperti dahulu kala.

Dengan ‘polish’, anda tidak perlu untuk menggunakan sebatian kimia bagi merealisasikan hajat anda untuk melihat lantai rumah anda seperti baharu.

Selepas polish, anda boleh menjaga lantai marble dengan cecair pencuci lantai seperti Mr Muscle yang dikhaskan untuk lantai jenis marble dan terazzo.

Biasanya, cecair pencuci lantai jenis ini akan dijual dalam kuantiti yang banyak, iaitu dua liter sebotol. Dengan langkah-langkah di atas, lantai marble kita akan terus berkilat dalam lingkungan lima tahun lagi.

BACA: Jangan Jadikan Tarikh Aidilfitri Bahan Gurauan Di Media Sosial

Sumber: Ummi Wahida via Facebook

The post Tips Sental Lantai Sampai Berkilat, Hanya “Polish” & Guna Bahan Ni appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*