Kerana ‘Misi Suci’, Wanita Bunuh Anak Sendiri, Dakwa Mereka Zombi Yang Dirasuk Roh Jahat

wanita zombi dirasuk roh jahat

Kerana ‘Misi Suci’, Wanita Bunuh Anak Sendiri, Dakwa Mereka Zombi Yang Dirasuk Roh Jahat

Seorang wanita didapati bersalah membunuh dua anak dan bersubahat untuk membunuh bekas isteri suaminya, menurut keputusan hakim dalam kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat.

Menurut The Straits Times, wanita itu membunuh anak sendiri selepas percaya kedua-dua mangsa merupakan zombi yang dirasuki roh jahat.

Jenayah kejam berkenaan dipercayai berlaku sekitar November 2019 selepas datuk kepada mangsa melaporkan kehilangan dua beradik itu kepada polis.

Pihak polis kemudian mendapatkan waran bagi memeriksa kediaman tertuduh dan mendapati wanita itu bersama suaminya seolah-olah tidak kisah dengan kehilangan mangsa

Wanita bunuh anak sendiri, dakwa mangsa adalah zombi dirasuk roh jahat

Polis selepas itu mengeluarkan waran tangkap pada Februari 2020 selepas gagal mendapatkan kerjasama suspek untuk membantu siasatan. Wanita berkenaan dilapor ditahan di Hawaii.

Seterusnya pada Jun tahun yang sama, polis menemui rangka manusia yang ditanam di sebuah hartanah milik suami wanita berkenaan. Laporan makmal kemudian mengesahkan bahawa rangka mayat itu milik anak kepada wanita tersebut yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Pasangan suami isteri itu kemudian menjadi suspek utama kes pembunuhan tersebut dan berdepan dengan beberapa pertuduhan. Antara pertuduhan yang dikenakan termasuk cubaan menyembunyikan bukti jenayah. Kedua-dua mereka dibicarakan secara berasingan.

Kisah pembunuhan tersebut mendapat liputan luas media selepas hakim menggambarkan jenayah itu berpunca daripada kepercayaan karut yang diamalkan tertuduh.

Perbicaraan kes tersebut bagaimanapun hanya bermula pada 3 April, selepas beberapa kali ditangguhkan. Penangguhan itu berlaku selepas tertuduh diarahkan untuk menjalani ujian psikiatri terlebih dahulu sebelum dibicarakan di mahkamah.

Pada awal prosiding, pihak pendakwaraya menggambarkan wanita berkenaan sebagai seorang ibu yang cuai serta taksub adengan kepercayaan karut yang dipegangnya.

Tertuduh didakwa sedang menjalankan ‘misi sucinya’ yang disifatkan lebih penting berbanding menjaga anak-anaknya sendiri.

Pihak pendakwa raya berhujah bahawa wanita itu percaya anak-anaknya adalah ‘ zombi ‘ yang dirasuk roh jahat.

Berdasarkan laporan media tempatan, perbicaraan memakan masa selama beberapa minggu dan seramai 60 saksi telah dipanggil.

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Sumber: The Straits Times

The post Kerana ‘Misi Suci’, Wanita Bunuh Anak Sendiri, Dakwa Mereka Zombi Yang Dirasuk Roh Jahat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*