Singapura Dilapor Alami Kekurangan Ubat, Warga China Beratur Panjang Beli & Hantar Ke Negara Asal

Warga China yang menetap di Singapura didapati beratur panjang di hadapan syarikat kurier, dipercayai ingin menghantar ubat-ubatan seperti paracetamol kepada ahli keluarga masing-masing di China, selepas lonjakan kes COVID-19 berlaku di sana kebelakangan ini.

Menurut tinjaun yang dibuat portal berita tempatan, CNA di People’s Park Complex pada pagi Rabu (21 Disember), satu barisan panjang melibatkan kira-kira 20 individu ditemui di hadapan premis Shun Xing Express, sebuah perusahaan yang menawarkan perkhidmatan kurier khusus ke China.

Kredit: CNA

Seorang pekerja berkata bahawa sejak Selasa lalu, pihak Shun Xing telah menghadkan jumlah pelanggan yang hadir bagi tujuan penghantaran bekalan perubatan ke China selama 50 hari.

Pengehadan ini tidak tertakluk kepada para pelanggan yang menghantar barangan selain dari bekalan perubatan untuk ke negara berkenaan.

Perkara ini berikutan, premis tersebut menerima ‘terlalu ramai’ pengunjung yang ingin menghantar bekalan perubatan ke China dan membentuk barisan panjang yang memiliki jarak sehingga sampai di sebuah perhentian bas berdekatan, kata salah seorang pekerja kepada media.

Ubat-ubatan tersebut merupakan permintaan dari kenalan yang berada di China

Pada jam 10.30 pagi, terdapat sebuah papa tanda di hadapan premis Shun Xing, mengatakan bahawa semua slot penghantaran bekalan perubatan terhad bagi 50 lokasi sudah ditebus dan meminta para pelanggan untuk tidak beratur tanpa mengambil angka giliran.

Selain itu, terdapat sebuah papan tanda bertarikh 19 Disember yang mmenyenaraikan 17 wilayah dan bandar mengalami kelewatan dari segi masa penghantaran disebabkan pandemik, termasuk Beijing, Shandong dan Jiangsu.

Bukan itu sahaja, Shun Xing turut meletakkan had penghantaran sebanyak lapan papan bagi ubat tahan sakit jenama Panadol atau ubat tradisional China, Lianhua Qingwen untuk dihantar kepada satu alamat penghantaran.

Kos bagi satu penghantaran kurier yang mengandungi lapan unit ubat-ubatan tersebut bernilai S$10 (RM 32.78) manakala, ubat-ubatan lain seperti ubak batuk akan dicaj mengikut berat bungkusan.

Kredit: CNA

Menurut tinjauan CNA, individu-individu yang beratur dalam barisan panjang ini rata-ratanya berasal dari China dan tujuan adalah untuk menghantar barangan tersebut berdasarkan permintaan dari ahli keluarga mereka.

Salah seorangnya yang hanya dikenali sebagai Wu, mahu menghantar bungkusan Panadol dan Lianhua Qingwen kepada empat buah alamat dipercayai kenalannya di Guangdong. Dia mula beratur seawal 8.20 pagi dan masih berada di dalam barisan yang sama pada 11.00 pagi.

Manakala, seorang pemuda yang dikenali sebagai Zhen, ingin menghantar dua kotak Panadol dan lima kotak Lianhua Qingwen kepada mentuanya di Zhejiang. Katanya, beberapa ahli keluarganya yang sudah berusia jatuh sakit dan tidak memiliki sebarang ubat-ubatan.

Detik-detik luar biasa

Di dalam People’s Park Complex, sebuah barisan juga kelihatan di hadapan premis Anjie International Express.

Dalam barisan tersebut, seorang wanita asal Jiangsu, yang hanya mahu dikenali sebagai Lu telah beratur di barisan tersebut selepas gagal memperoleh slot terhad di Shun Xing, walaupun sudah tiba seawal 8.00 pagi.

Lu ingin menghantar vitamin dan ubat demam kanak-kanak kepada ahli keluarganya serta menambah bahawa dirinya hanya fokus untuk mendapatkan ubat-ubatan bagi kanak-kanak sahaja.

Wanita tersebut berkata bahawa ia kelihatan agak mustahil untuk menemui ubat-ubatan kanak-kanak di China, dan dia mendengar ura-ura bahawa harganya turut melonjak sehingga 1,000 yuan (RM 190) untuk dua unit sahaja.

Kredit: CNA

Seorang wanita dari Shanghai didapati sedang membeli barangan di farmasi, selepas meninjau keadaan di Shun Xing serta beberapa perkhidmatan kurier di kompleks tersebut.

Wanita itu dilaporkan sedang mengalami dilema untuk menghantar bekalan perubatan kepada keluarganya di sana ketika saat-saat genting, pada masa yang sama terdapat kebarangkalian bungkusannya akan dirampas oleh pihak berkuasa China.

Dia turut kelihatan hampir menitiskan air mata ketika dirinya mengatakan terdapat beberapa ahli keluarganya yang berusia 80-an dan 90-an. dengan status tidak divaksinasi.

Kekurangan bekalan perubatan dalam pasaran Singapura undang kebimbangan pihak kerajaan

Kementerian Kesihatan Singapura telah menyaksikan peningkatan permintaan mendadak terhadap ubat-ubatan untuk merawat demam, selesema dan batuk pada Rabu lalu.

Pihaknya menasihati orang ramai agar membeli ubat-ubatan tersebut, khususnya ubat-ubatan bagi kanak-kanak dalam kuantiti yang diperlukan sahaja. Mereka juga menyeru pengguna agar membeli ubatan daripada jenama lain, jika jenama yang dicari sudah kehabisan stok.

“Kami sedang berusaha bersama para pembekal untuk memastikan ubat-ubatan masih mencukupi untuk warga Singapura,” tambahnya lagi.

Terdahulu, kerajaan China telah melonggarkan kawalan pencegahan ke atas COVID-19 pada 7 Disember lalu melalui pemansuhan ujian besar-besaran secara kerkala, membenarkan para pesakit untuk melaksanankan kuarantin di rumah serta memendekkan waktu ‘lockdown‘.

Pegawai tertinggi di badan kesihatan di China mengatakan, jangkitan COVID-19 di negara tersebut kini menjadi sukar dikesan dan mengenakan amaran peningkatan kes secara drastik susulan tindakan kerajaan China memansuhkan polisi sifar COVID sebelum ini.

BACA: Selepas Sekatan Dilonggarkan, Malaysia Antara ‘Top 10’ Negara Dicari Warga China Untuk Bercuti

Sumber: CNA 

The post Singapura Dilapor Alami Kekurangan Ubat, Warga China Beratur Panjang Beli & Hantar Ke Negara Asal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*