OPS Khas Aidiladha: JPJ Perak Keluar 596 Notis Pelbagai Kesalahan

OPS Khas Aidiladha JPJ Perak

OPS Khas Aidiladha: JPJ Perak Keluar 596 Notis Pelbagai Kesalahan

IPOH, 28 Jun (Bernama) — Sebanyak 596 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menerusi Operasi Khas Sempena Hari Raya Aidiladha 2023 di sini, malam tadi.

Pengarahnya Mohammad Yusoff Abustan berkata kesalahan berkaitan lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans antara kesalahan utama yang dicatatkan iaitu sebanyak 502 notis, manakala 12 kenderaan disita melibatkan dua kereta, sebuah van dan sembilan motosikal.

Beliau berkata sembilan kesalahan yang dikesan ialah memandu melebihi had laju, gagal mematuhi peraturan lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memandu kenderaan berat di lorong laju, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, tidak memakai topi keledar, lebih muatan serta penggunaan telefon bimbit ketika memandu.

“Operasi ini bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan atau undang-undang jalan raya yang berkuat kuasa,” katanya pada sidang media berkaitan operasi tersebut.

BACA JUGA: OP HRAA: 264 Saman Dikeluarkan Terhadap Penunggang Motosikal – JPJ Selangor

Mohammad Yusoff berkata operasi berkenaan turut disertai anggota Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Beliau berkata berkata JPJ mengadakan operasi itu selama empat hari iaitu pada 27 dan 28 Jun serta 1 dan 2 Julai yang turut memfokuskan kepada Ops Motosikal secara bersasar kepada penunggang atau pembonceng di seluruh negara berdasarkan rekod kemalangan maut pengguna motosikal bagi 2010 hingga 2022 berbanding pengguna kenderaan lain.

Mengulas berkenaan aplikasi JPJ iaitu MyJPJ di negeri ini, Mohammad Yusoff berkata aplikasi itu setakat ini mendapat sambutan yang baik.

“Sehingga kini kami (JPJ) masih menerima permohonan bagi pengguna yang menghadapi masalah memuat turun aplikasi tersebut. Majoriti pengguna jalan raya telah ada aplikasi tersebut,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post OPS Khas Aidiladha: JPJ Perak Keluar 596 Notis Pelbagai Kesalahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*