Skuad Karate Cemerlang Di Kemboja, Hadiah Dua Emas Pertama Negara

Skuad Karate emas pertama

Skuad Karate Cemerlang Di Kemboja, Hadiah Dua Emas Pertama Negara

PHNOM PENH, 6 Mei (Bernama) — Skuad karate memulakan kempen Sukan SEA 2023 dengan bergaya selepas merangkul dua emas pertama negara di sini.

Juara bertahan C. Shahmalarani menyumbang emas sulung negara dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram (kg) selepas menumpaskan juara Sukan Dunia 2022 dari Filipina Junna Tsukii Villanueva pada aksi di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.

Walaupun Villanueva mendahului 1-0 di awal permainan namun Shahmalarani berjaya bangkit menyamakan kedudukan 1-1 apabila jurulatih Malaysia Tamel Abdelraof meminta semakan video selepas anak buahnya itu dilihat melakukan yuko (tumbukan) ke arah lawan.

Bagaimanapun, Shahmalarani diisytiharkan juara oleh pengadil selepas gerakan atlet negara itu lebih agresif di dalam gelanggang berbanding musuhnya.

Baca: Patutlah Ramai Nak Pergi, Majlis Raya Ni Siap Ada Konsert Artis Terkenal & ‘Game Xploria’

Sejurus kemudian, giliran juara edisi 2019, S. Prem Kumar pula menghadiahkan emas kedua negara, kali ini dalam acara kumite lelaki bawah 55kg.

Prem Kumar, yang bertarung dalam kesakitan akibat kecederaan di pergelangan tangan kiri, mendapat mata pertama sebelum ketinggalan 3-1 dalam aksi penuh sengit menentang wakil Thailand, Chanphet Setthaphong.

Namun atlet Malaysia itu menampilkan semangat juang tinggi apabila berjaya meraih dua mata berturut-turut untuk menyamakan kedudukan 3-3 hingga ke penghujung pertarungan dan diangkat sebagai pemenang selepas memperoleh mata terlebih dahulu ke atas Setthaphong.

Sumber: BERNAMA

The post Skuad Karate Cemerlang Di Kemboja, Hadiah Dua Emas Pertama Negara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*