Pakar Arkeologi Temui Mata Kail Kuno Berusia 6,000 Tahun

Mata kail kuno

Pakar Arkeologi Temui Mata Kail Kuno Berusia 6,000 Tahun

Ahli arkeologi dilaporkan berjaya menemui mata kail kuno berusia 6,000 tahun yang berukuran kira-kira 6.5 cm panjang dan 4 cm lebar, lapor Sci News.

Penemuan itu berjaya dibuat oleh ahli arkeologi dengan kerjasama Pihak Berkuasa Antikuiti Israel (IAA) di kawasan Agamim, Ashkelon, Israel.

“Dimensinya yang besar menjadikannya sesuai untuk memburu jerung sepanjang 2-3 meter atau ikan tuna besar,” kata ahli arkeologi IAA, Dr. Yael Abadi-Reiss dan Dr. Daniel Varga.

Menurut Dr Yael, penemuan terdahulu menunjukkan mata kail diperbuat daripada tulang dan ia jauh lebih kecil daripada penemuan terbaru ini.

“Lebih banyak mata kail ikan purba yang ditemui sebelum ini diperbuat daripada tulang dan jauh lebih kecil daripada yang ini. Penggunaan tembaga bermula pada zaman Chalcolithic.

“Sangat menarik untuk mengetahui bahawa inovasi teknologi ini digunakan untuk menghasilkan mata kail bagi kegunaan nelayan di pantai Mediterranean,” tambah mereka.

Sumber ekonomi datang daripada aktiviti pertanian dan pembiakan

Pada zaman Chalcolithic, terdapat kampung-kampung besar di sekitar Ashkelon yang sumber ekonominya datang daripada hasil pertanian dan pembiakan.

Pembiakan seperti biri-biri, kambing dan lembu serta pertanian gandum, barli dan kekacang masih kekal sehingga hari ini.

“Kami belajar tentang tabiat pemakanan orang-orang yang tinggal di sini 6,000 tahun dahulu daripada sisa tulang haiwan yang ditemui dalam lubang sampah purba.

“Penemuan termasuk, alat memburu, memasak dan pemprosesan makanan seperti sabit batu serta pelbagai tembikar yang berfungsi untuk penyimpanan dan pemuliharaan makanan,” kata Dr Abadi-Reiss lagi.

BACA: Ahli Arkeologi Temui Tulisan Pada Sikat Berusia 3,700 Tahun, Papar Nasihat Berkenaan Kutu 

Penemuan mata kail pancing yang jarang ditemui menunjukkan aktiviti nelayan yang keluar berlayar ke laut dengan bot mereka untuk mendapatkan jerung.

Mata kail purba ini dipamerkan di Kongres Arkeologi IAA ke-48 pada April 2023 lalu.

“Kami sangat teruja bahawa IAA akan menjadi tuan rumah kepada peserta Kongres di rumah baharu arkeologi Israel, Kampus Kebangsaan Arkeologi Israel Jay dan Jeanie Schottenstein di Givat Ram, Jerusalem,” kata pengarah IAA, Eli Escusido.

Beliau juga menambah bahawa sebuah pusat pelawat moden akan disediakan untuk orang awam yang berminat. Ia membolehkan orang awam untuk melihat sekilas di sebalik tabir aktiviti arkeologi yang meluas di Israel.

Sumber: Sci News

The post Pakar Arkeologi Temui Mata Kail Kuno Berusia 6,000 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*