Skuad Malaysia Di Tempat Kedua Dalam “Ranking” Dunia Hoki 5 Sebelah

skuad malaysia tempat kedua

Skuad Malaysia Di Tempat Kedua Dalam “Ranking” Dunia Hoki 5 Sebelah

Skuad hoki 5 Sebelah (5s) lelaki Malaysia telah berjaya meraih kedudukan kedua dalam Ranking Dunia Hoki 5s 2024, yang diumumkan baru-baru ini.

Senarai yang memuatkan pasukan-pasukan hoki 5s dari seluruh dunia telah dikongsi Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) baru-baru ini.

Berdasarkan senarai tersebut, Malaysia telah berkongsi tempat kedua dengan dua pasukan lain iaitu Oman dan India.

Ketiga-tiga pasukan, Malaysia, Oman dan India telah mengumpul mata sebanyak 1400 mata, melayakkannya untuk mengatasi kebanyakan pasukan di dunia.

Manakala, pasukan hoki 5s daripada Belanda telah mengungguli senarai dengan menduduki tempat pertama dalam senarai terbabit.

Dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 1750 mata, pasukan ini dapat mengatasi Malaysia dengan perbezaan sebanyak 300 mata.

Untuk makluman, Ranking Dunia Hoki 5s telah dilancarkan buat kali pertama pada Mac 2024. Senarai kedudukan ini akan menggambarkan keputusan daripada perlawanan bagi peringkat Continental dan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Dalam ranking ini, semua perlawanan yang diiktiraf akan diberikan wajaran yang sama bagi menggalakkan negara dari semua benua untuk bersaing dan memperoleh mata Kedudukan Dunia Hoki 5s.

Laman X rasmi bagi atlet Malaysia, @AtletMalaysia telah berkongsi perkara tersebut menerusi ciapannya hari ini.

Dalam ciapan tersebut, pihaknya telah mengucapkan tahniah kepada pasukan negara atas pencapaian cemerlang sehingga mencapai kedudukan teratas  dalam kalangan pasukan terbaik dunia.

Pihak tersebut turut mengucapkan tahniah atas kejayaan meraih pingat perak dalam Kejohanan Dunia Hoki 5s pada awal tahun ini.

Malaysia beraksi dengan sangat cemerlang sewaktu Kejohanan Dunia Hoki 5s pada Januari 2024

Kejohanan Dunia Hoki 5s telah berlangsung di Oman bermula dari 28 Januari 2024 sehingga 31 Januari 2024 lalu.

Dalam kejohanan tersebut, Malaysia terpaksa akur di tempat kedua selepas tewas di tangan pasukan Belanda dengan mata 2-5.

Menerusi aksi final dalam kejohanan tersebut, Speedy Tigers telah menghadiahkan kilauan pingat Perak buat Malaysia.

Manakala, Oman telah berjaya membelasah Poland 3-2 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan melayakkan pasukan tersebut untuk mendapat pingat gangsa.

BACA: Sarung Tangan Kuning Tidak Sesuai Untuk Pengendalian Makanan – KKM

Sumber: @AtletMalaysia via X, International Hockey Federation (FIH)

The post Skuad Malaysia Di Tempat Kedua Dalam “Ranking” Dunia Hoki 5 Sebelah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*