SOGO Sesak, Dibanjiri Peminat Pakat Berkerumun & Teruja Nak Jumpa Paris Hilton

paris hilton sogo kl malaysia

SOGO Sesak, Dibanjiri Peminat Pakat Berkerumun & Teruja Nak Jumpa Paris Hilton

Selebriti terkenal global, Paris Hilton menyantuni peminatnya di Malaysia dalam satu majlis yang berlangsung di puasat beli belah SOGO, Kuala Lumpur hari ini.

Hilton, atau nama sebenarnya Paris Whitney Hilton tiba di Malaysia pada Rabu dan disambut ribuan peminat. Beliau kemudian berada di pusat beli belah SOGO dan kehadirannya disambut meriah oleh orang ramai disana.

Beberapa video peminat bertuah yang sempat bergambar dan bersemuka dengan beliau turut dimuat naik di media sosial lalu menjadi viral.

Kelihatan anggun mengenakan mengenakan gaun berwarna biru muda, Paris kelihatan tidak kekok untuk menghulurkan tangan dan bersalaman bersama para peminatnya.

@sinardailymy

Celebrity and businesswoman Paris Hilton poses for selfies and signs autographs for excited fans at the launch of her fragrance, Ruby Rush at Sogo KL. #RubyRush #ParisHilton #Fragrance #Malaysia #SogoKL #Fyp

♬ original sound – Sinar Daily – Sinar Daily

Difahamkan, kehadiran selebriti asal Amerika Syarikat itu ke tanah air adalah untuk melancarkan minyak wangi baharunya, Ruby Rush pada 13 September ini.

 

Majlis pelancaran minyak wangi itu telah diuar-uarkan sebelum ini menerusi laman X (@ParisHilton) pada 9 September lalu.

 

“Hai Malaysia! Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda pada 13 September ini di SOGO KL bagi pelancaran minyak wangi baharu saya (@parishiltonfragrances) pada 4 petang!”

Dalam ciapan tersebut, Hilton kelihatan elegan mengenakan pakaian berwarna merah serta memegang botol minyak wangi yang dipercayai Ruby Rush yang telah diperkenalkan pada hari ini.

Sebelum majlis berlangsung, Sinar Daily melaporkan beberapa pengunjung pusat beli belah dan peminat sudah pun ‘berkampung’ di perkarangan kawasan berkenaan untuk menunggu ketibaan selebriti tersebut.

@sinardailymy

Fans and mall-goers are seen waiting at Sogo KL, anticipating the arrival of businesswoman and celebrity Paris Hilton who will be launching her new fragrance, Ruby Rush. This marks her second visit to Malaysia – the first was in 2015 when she performed for an event called The Party of The Centure, in Damansara Perdana. #ParisHilton #Malaysia #RubyRush #Fragrance #Fyp #Fypp

♬ original sound – Sinar Daily – Sinar Daily

 

Selain kehadirannya menjadi buah mulut di Malaysia, pakaiannya yang sopan turut meraih pujian dari para warga maya.

Sepanjang berada di Malaysia, selebriti yang berusia 42 tahun itu mengenakan pakaian yang berwarna lembut dan sopan ketika berjumpa peminatnya.

Ini memberikan tanggapan positif kepada artis tersebut kerana memahami undang-undang dan budaya di sesebuah negara.

 

Untuk makluman, ini merupakan kali kedua usahawan berkenaan menjejakkan kaki ke Malaysia.

Sebelum ini, Hilton buat pertama kalinya datang ke Malaysia pada 2015. Beliau telah hadir ke Malaysia kerana terlibat dengan konsert #PartyOfTheCentury yang diadakan di Empire City, Kuala Lumpur.

BACA: Nasi Bau Hangit, Letak ‘Satu’ Bahan Ini Auto Jadi Wangi Semula

Sumber: Sinar Daily via TikTok, @ParisHilton via X, Astro Gempak

The post SOGO Sesak, Dibanjiri Peminat Pakat Berkerumun & Teruja Nak Jumpa Paris Hilton appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*